Labels

A KEEPER (5) Advertisement (5) announcement (4) Apam (21) Articles (3) Awards (24) Beef (5) Bread (120) Brownies (15) Cakes (114) Charity (6) Chicken (17) Chiffon (12) Contest (5) Cookies (65) Crafts (1) Cuppies Design (56) Dedication (57) Dessert (3) Donut (6) Drinks (10) Equipments (6) Fish (5) Fondant (1) Gifts (1) Health (3) HELP (2) Information (4) Ingredients (6) Islam (4) Jalan-jalan Cari Makan (2) Kuih-muih (101) Lauk-pauk (118) MANUALS (2) Muffins (39) MY BOOK (3) Orders (3) Pasta (12) Pies n Pastry (21) Pies/Pastry/Puffs (5) Pudding (9) Ramblings (22) Rice n Noodles (53) Seafood (7) Snacks (36) Step-by-Step (12) Stories (14) Tag (9) Trips (8) Vegetables (7) Video (3) Western (11)

Search This Blog

Loading...

Sunday, May 6, 2012

Tolonggg!!!! Tolongggg!!!!


Tolongggg!!! Tolonggggg!!!
Kenapa leh jadi macam ni?
Apa silap mama sehingga begini nasib mu...
Maaf sangat-sangat kalau angkara mama memandai-mandai.. dikau yang menerima padahnya....




Wahai Kuih Pau ku....
Mengapa dikau kerepot??
Walaupun rasamu sedap... rupamu itu...mengerikan...


Siapa boleh tolong ajar mama cemana nak dapat kuih pau yang tak kerepot cam ni? Shian mama tau... nak kata kuih ni ngikut tukang buatnya... rasanya mama ni baru kerepot tahap 1... belumlah tahap 4 macam ni... huwaaa....

Jom CSI...
...adakah kerana....
1. Mama tambah shortening kepada resepi asal yang tak ada shortening?
2. Adakah kerana mama menggunakan air sejuk untuk menguli doh?
3. Adakah amaun air yang mama masukkan terlebih?
4. Adakah doh mama terlebih naik?
5. Adakah mama terlebih masa kukus? Masa yang diberi oleh resepi adalah 10 hingga 15 minit, api besar. Mama kukus 15 minit.... salah juga ke?

Nak kata tak pernah buat pau, mama pernah buat pau dah banyak kali. Tak percaya, cuba tengok sinisinisinisinisinisini dan sini. Berapa banyak siiiiiniiii daaaaa.....

Tolongggg kami... bantu kaaaamiiii... 



14 comments:

  1. Mama, I think you rest the pau too long before steaming. Dulu ada satu local chef told me that kalau over proof it, it will wrinkle while steaming.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Gert. Maybe that is one of the reason la. I went upstairs nak mandi and got carried away basuh bilik air. Maybe terlebih sket proof.... thanks for your help... next time round, kena more careful la..

      Delete
  2. Alamak mama.. when i read how u describe ur kuih pau .. macam nak terketawa pulak hehehe.. kerepot bertahap.. am on tahap 1 too hahaha

    Mama i am no expert but bef u steam it.. did u spray ur buns with water mist?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rima, tak yah nak macam... ketawa je. Simpan simpan gelak nanti sakit perut tau. Hihihi...

      I didn't spray the buns with water mist. Nobody told me that. I thought buat roti je kena spray. Pau pun kena eh? Erk... pau tu, steamed buns la jugakan... ish ish ish.. why didn't I think of that before! Thanks Rima...

      Delete
  3. ok mcam nie sebenarnya mama.. ilah buat pau ni dah lama juga belajar dari kesalahan sendiri...sejak 13 thun lepas dah kaji kelemahan kenapa dia jadi mcm tu.. cara betul:
    1:masa buat doh tu mama cuba tebalkan yg tengah adunan ..tepi2 nipiskan.. kemudian baru punjutkan inti nya..

    2: setelah itu kukus dgn api yg paling kecil tapi air masih mendidih. tapi dlm waktu yg sekejap jer lebih kurang 5 minit-10 mit jer masa kukus. tutup mcm bias dgn kain.

    3: ilah rasa bahan2 dan masalah yg mama cuma bgtau di atas tu tak ada langsung kaitan...semua dah betul dah.. itu jer..

    4: satu lagi petua pau yg cantik ialah masa adun tu lembutnya mcm cuping teling yg ujung tempat gantung anting2 tuuu itu chef yg bg petua...

    selamat mencuba ya mama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sangat-sangat sebab Ilah sudi beri tunjuk ajar.

      1. Mama memang buat macam tu lepas tengok satu Youtube, tak ingat kat mana. Tepi-tepi je digelek, tengah memang tebal. Checked!

      2. Oh part ni yang SALAH BESAR kot... mama kukus 15 minit api BESORRR. Tudung kukusan memang balut dengan kain.

      3. Leganya...

      4. Doh yang terhasil memang lembut ala ala cuping telinga. Hehehe...

      Nanti kena wat balik nih... lagi satu.. jangan terlebih naik dan renjiskan sket air atas doh. Set! Terima kasih semua!

      Delete
    2. salam..mama...
      kalu ikut pengalaman iyta...
      1. mungkin pau ni terlebih proof..
      2. mungkin wap dlm pengukus terlalu byk...(kena pastikan air n api seimbang...)
      maksudnye..kalu air byk...api yg terlalu kuat..menyebabkan wap terlalu byk...
      Harap dpt membantu.

      Delete
  4. tun pun kdg2 dpt pau kerepot.. hihi.... biasanya sebab terlebih proof (kalau really2 over proof.. pernah tun gi kedai kejap pastu lupa tgh proof pau. haha.. yg ni mmg siap rasa mcm plastik ;p), pastu terlebih kukus pun jd kerepot2 gak. nasib baik utk makan sendiri je. hihi

    ReplyDelete
  5. Alaaa...lama tak makan pau... mama anta sini je laaa...kami tak kisah pau berkedut... kat Nihon ada sk2 nnt licin balik kulit pau tu...hik2...mama buat kompem sedap punye... ;)

    ReplyDelete
  6. Mamaaaaaaaaaaaaaaaaa..apasaiii lak la pau tu jadi mangsa kerepotsss tahap gaban gitu...aiseeeyy, mama yg ku kenal bukan main comel manja lagik...halus budi pekerti, bukan seperti pau itu... Ummi pun sependapat mcm Gert, biasanya kalau terlebih kembang (lambat dikukus setelah naik elok), mmg bila dikukus akan kurang licin, tp Ummi lum pernah jgk dpt pau kerepotzzz tahap 4 ni Ma...hehehe.. Tp boleh makan kaan...alah, kalau mama hidang kat Ummi, Ummi makan jer, sambil kita gelak2 sembang...hehe

    ReplyDelete
  7. krepot takpa asal sedap, mcm akok kecut tuuu, lagi krepot n kecut laaaagi sedap

    ReplyDelete
  8. salam mama..

    kita pernah baca kat somewhere tp tak ingat..

    1) kukus pau dengan api yg sederhana..
    2) masa angkat pau.. angkat ketepi dengan penutup pengukus sekali (angkat rak yg berisi pau + penutup) kemudian baru angkat.. perubahan suhu secara mendadak akan menyebabkan pau berkerepot..

    ~ nana oshin ~

    ReplyDelete
  9. sorry mama....

    dah angkat periuk ketepi.. biarkan sekejap (sekejap jek).. baru bukak penutup dia..

    nana oshin

    ReplyDelete

Please feel free to drop a comment or two... much appreciated... thank you!