Malam semalam, ingatkan nak update blog. Berkobar-kobar tu sebab jiwa tak kacau dan hati ku gembira. Sekali tu line tenet kat laptop mama down. Nak mintak tolong hubby tengokkan, dia dah 'belayar', kesian pulak nak kejut. Nak pujuk hati, terus gosok baju. Terubat sket rajuk ku ini... dan terkuranglah sikit timbunan baju belum bergosok ku iteww... hahaha... jadi tuan-tuan dan puan-puan, petua menghilangkan rajuk adalah menggosok baju... bley? ....muahahaha...
Mama gembira semalam sebab mama terima parcel dari Poslaju Malaysia. Hairan juga pada mulanya sebab hubby tak ada pulak beritahu dia ada beli apa-apa online dan mama pun tak ada beli apa-apa online. Rupanya mama dapat hadiah dari rakan yang mama kenali di Facebook...erk facebook? huhuhu..nostalgia tuh... banyak kenangan manis.... Terima kasih banyak-banyak ye Fadzlina Kamis. Macam tahu tahu je mama baru habis baca novel oleh Norhayati Ibrahim dan sedang berfikir, buku apa pulak nak baca selepas ni...yang pasti... buku ini yang akan ku baca seterusnya.... dah siap balut tau....
BAB 2
Cer tengok ni cer tengok...
Bila Niezza dah sebut perkataan 'wasiat' tu... rasa bersalah pulak kalau tak buat. Dahlah tu... nama mama yang pertama kena 'tembak'. Terharu tu sebenarnya... hihi..
Okay Niezza, mama dah bawak balik award yang Niezza bagi, dah gantung lek lok ni.... Pasal homework tu, mama dah pernah buat dulu... jadi mama linkkan ajelah kat sini ek... aci eh.... Apa-apa pun, terima kasih banyak-banyak atas ingatan Niezza tu ye...
Mama dapat hadiah dan award. Sukerrrrnyaaa!