Labels

A KEEPER (13) Advertisement (5) Airfryer (1) announcement (4) Apam (21) Articles (3) Awards (24) Beef (7) Bread (140) Brownies (15) Cakes (134) Charity (6) Chicken (18) Chiffon (13) Contest (6) Cookies (72) Crafts (1) Cuppies Design (56) Dedication (57) Dessert (4) Donut (6) Drinks (10) Egg (1) Equipments (6) Fish (6) Flashback (1) Fondant (1) Gifts (1) Health (4) Healthmenu (2) HELP (2) Information (4) Ingredients (7) Islam (4) Jalan-jalan Cari Makan (2) Kuih-muih (114) Lauk-pauk (132) MANUALS (2) Muffins (41) MY BOOK (3) Orders (3) Pasta (17) Phillips AirFryer (2) Phillips Pressure Cooker HD2137 (2) Pies n Pastry (21) Pies/Pastry/Puffs (5) Pudding (10) Ramblings (25) Rice n Noodles (63) Seafood (7) Snacks (40) Step-by-Step (15) Stories (14) Tag (9) Trips (12) Vegetables (7) Video (3) Western (15)

Search This Blog

Showing posts with label Phillips Pressure Cooker HD2137. Show all posts
Showing posts with label Phillips Pressure Cooker HD2137. Show all posts

Thursday, September 6, 2018

Nasi Lemak Pandan


NASI LEMAK PANDAN menggunakan PPC
hentam keromo 

BAHAN-BAHAN :

2/3 cawan beras basmathi - dikosek bersih
2/3 cawan santan (ma campurkan santan kotak dan air) - mungkin lebih sikit kot santannya
sedikit pewarna hijau
sedikit esen pandan
daun pandan disimpul
sedikit halba
sedikit garam
1 biji bawang merah dihiris

CARA :

1. Masukkan kesemuanya dalam inner pot PPC. Tutup periuk. Valve ke SEAL.
2. Tekan butang PRESSURE COOK hingga keluar setting STEAM. Tekan COOKING TIME dan - hingga keluar nombor 7 di paparan.
3. Tekan START.
4. Setelah PPC berbunyi menandakan tamat tempoh memasak, tekan CANCEL dan offkan PPC. Lepaskan wap perlahan-lahan dengan memusing valve ke VENT. Bila wap telah habis, buka penutup PPC dan karih nasi. Siap untuk dihidangkan.

Tuesday, September 4, 2018

Sambal Daging



SAMBAL DAGING MENGGUNAKAN PPC

Bahan-bahan :

Daging - dihiris
Bawang merah - ditumbuk
Cili kisar
Air asam jawa
garam secukup rasa
Air
Santan
Bawang besar - dipotong bulat

Cara :

1. Tuangkan secukup minyak ke dalam inner pot PPC. Tekan SAUTE/SEAR HIGH TEMP dan tekan START. Bila minyak dah panas, masukkan bawang merah yang telah ditumbuk. Kacau hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Masukkan pula daging yang telah dihiris nipis. Kacau sebentar biar rata. Masukkan air dan garam. Kacau rata. Tekan CANCEL.
2. Tutup periuk PPC. Pusingkan tombol ke SEAL. Tekan PRESSURE COOK hingga keluar BEEF/POULTRY. Kemudian tekan START. Akan keluar nombor 15 di paparan hadapan.
3. Selepas 15 minit berakhir, tekan CANCEL. Berhati-hati pusingkan tombol ke VENT untuk mengeluarkan tekanan. Kalau nak skip step yang ini, maka tunggulah pressure dalam periuk itu menurun dengan sendiri barulah boleh dibuka tutup PPC.
4. Tekan SAUTE/SEAR HIGH TEMP dan tekan START. Masukkan air asam secukupnya, santan dan perasakan garamnya. Biarkan didih sebentar. Masukkan bawang besar dipotong bulat. 
5. Tekan CANCEL dan offkan suis. Siap untuk dihidangkan.