Labels

A KEEPER (13) Advertisement (5) Airfryer (1) announcement (4) Apam (21) Articles (3) Awards (24) Beef (7) Bread (140) Brownies (15) Cakes (134) Charity (6) Chicken (18) Chiffon (13) Contest (6) Cookies (72) Crafts (1) Cuppies Design (56) Dedication (57) Dessert (4) Donut (6) Drinks (10) Egg (1) Equipments (6) Fish (6) Flashback (1) Fondant (1) Gifts (1) Health (4) Healthmenu (2) HELP (2) Information (4) Ingredients (7) Islam (4) Jalan-jalan Cari Makan (2) Kuih-muih (114) Lauk-pauk (132) MANUALS (2) Muffins (41) MY BOOK (3) Orders (3) Pasta (17) Phillips AirFryer (2) Phillips Pressure Cooker HD2137 (2) Pies n Pastry (21) Pies/Pastry/Puffs (5) Pudding (10) Ramblings (25) Rice n Noodles (63) Seafood (7) Snacks (40) Step-by-Step (15) Stories (14) Tag (9) Trips (12) Vegetables (7) Video (3) Western (15)

Search This Blog

Showing posts with label Charity. Show all posts
Showing posts with label Charity. Show all posts

Friday, November 18, 2011

RUMAH BAKTI AL-KAUSAR

Assalamualaikum. Jumaa mubaraq to all my lovely visitors.

I am not good with words, so I guess the best thing to do is to post these photos. The rest, you can go to their website at RUMAH BAKTI AL-KAUSAR and read all about it there. I sincerely hope that many of us will come forward and lend a helping hand in whatever ways possible. May Allah bless us all... Amin.



Courtesy of Rumah Bakti Al-Kausar FB


MAKLUMAT

Tarikh & Tempat Pengasasan :
17 September 2011/ Bandar Baru Bangi, Selangor.

Alamat :
No. 17, Jalan 4/12C, Fasa 4 Tambahan, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor.

No. Telefon : + 603-875 00061/ 012-643 9878

No. Pendaftaran : 4491-11-SEL

Pengerusi : En. Razali Bin Hj. Basri (012-643 9878)

Bilangan Penghuni/Umur : 17 orang (8 lelaki & 9 perempuan / Umur 5~14 tahun)

Bilangan Petugas : 4 orang termasuk 2 warden sepenuh masa

No. Akaun Bank : 5628 3461 5590 (Maybank Islamic)
Atas nama "PERTUBUHAN KEBAJIKAN AL KAUSAR BANGI SELANGOR"



If الله‎ brings you to it,
HE will bring you through it.
In Happy moments, praise الله‎
In Difficult moments, seek الله‎
In Quiet moments, worship الله‎
In Painful moments, trust الله‎
In Every moment, thank الله‎

Tuesday, September 6, 2011

Krisis Somalia

Source of article : AMAL FOUNDATION OF MALAYSIA

Krisis Somalia : Amal Malaysia Lancar Tabung Kemanusiaan



Di saat ummat Islam seluruh dunia masih lagi merayakan Aidilfitri, pada saat ini jugalah puluhan ribu warga Somalia kehilangan nyawa akibat kebuluran dan jutaan lagi terdedah kepada ancaman kebuluran yang sangat teruk.

Beginilah senario terbaru di Somalia yang sedang berhadapan dengan krisis makanan kronik dalam tempoh dua dekad. Krisis kemanusiaan terburuk pada abad ke-21 itu telah menyebabkan separuh daripada rakyat tempatan bergelut mendapatkan bantuan makanan bagi meneruskan kehidupan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangkakan krisis kebuluran berkenaan akan terus merebak dalam tempoh dua bulan di Somalia sekiranya tiada bantuan dihulurkan.



Berdasarkan data yang dikeluarkan Unit Analisis Keselamatan Makanan dan Nutrisi (FSNAU), seramai 3.76 juta rakyat Somalia terpaksa mengharapkan bantuan kemanusiaan dari segi makanan dan ubat-ubatan.

Disebabkan tidak mampu lagi untuk menjalani kehidupan di tempat sendiri yang sudah kehabisan sumber makanan, majoriti rakyat Somalia sanggup merentas kawasan panas kering dan berkaki ayam di bawah terik matahari yang mencecah 50 darjah celsius ke kem-kem pelarian yang menyediakan makanan.



Malangnya, belum pun sempat menjejakkan kaki di kem berkenaan, segelintir daripada mereka mati dalam perjalanan terutamanya kanak-kanak dan bayi. Cuaca panas dan kebuluran antara faktor utama yang meragut nyawa mereka. Sementara yang berjaya tiba di kem dalam tempoh 24 jam tampak lesu, tidak terurus dan kurus kering.

Dianggarkan secara purata setiap hari, seramai 60 bayi mati akibat kelaparan dan kekurangan makanan berkhasiat, selain kemusnahan tanaman dan haiwan ternakan.

Justeru itu, atas dasar keperihatinan terhadap nasib yang menimpa Umat Islam Somalia, maka Yayasan Amal Malaysia melancarkan tabung kemanusiaan khusus untuk umat Islam Somalia. Anda boleh menyalurkan sumbangan anda melalui akaun seperti tertera di poster.

Posted by yayasanamalmalaysia on September 4th, 2011

Monday, August 15, 2011

Kisah Norma...

Assalamualaikum.

Pagi ini, mama singgah ke Blog Moon dan terbaca tentang cerita Norma. Bila menonton Youtube tentang Norma, tanpa dapat ditahan lagi, airmata mengalir deras. Saksikanlah serba sedikit kisah penderitaan Norma yang dipaparkan di MHI ini ya...



Bagi sesiapa yang ingin membantu, bersama-sama ini mama paparkan nombor akaun Norma ye.

Noormawati Mohd Rasif
Akaun CIMB 01070068677528

Andai kita tidak dapat menghulurkan wang ringgit, sudi-sudikanlah mendoakan agar Norma kembali sihat seperti sediakala dan keluarga kecil ini akan dapat menjalani kehidupan berkeluarga yang bahagia. Amin.


Wednesday, May 4, 2011

FAMEkids

Baru sahaja selesai post entry Ketagih Laman Web, mama terbaca pulak entry di Blog Mat Gebu tentang FAMEkids, Mat pulak dapat berita ni dari jiran sepagarnya Ben Ashaari. Jadinya mama pun ingin kongsikan bersama di sini, tentang progrem anjuran FAMEkids ni di sini ye. Mama copy paste je la ye....

Ikhsan dari http://www.scriptorybox.com/


Nama saya Lyna, saya merupakan pemilik Scriptory Box di Puchong. Kami akan mengadakan pelancaran FAMEkids, iaitu sebuah kumpulan sokongan anak-anak istimewa (OKU). FAMEkids diasaskan oleh saya sendiri bersama seorang teman, Puan Watie yang juga mempunyai anak istimewa. Untuk pengetahuan anak saya mengalami kecacatan di kaki (kudung) dan tangan (kudung jari dan bertaut) manakala anak Puan Watie mengalami keistimewaan pada bahagian tangan (tangan tiada tulang).

Oleh itu kami merasakan tanggungjawab untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa golongan OKU tidak sepatutnya dipandang sebelah mata, dan memberi sokongan kepada ibu-bapa kepada anak2 OKU. Ini memandangkan masyarakat kita masih dibelenggu mitos2 tentang kecacatan yang melanda terutama kepada bayi2 yang baru lahir. Apa yang ingin kami timbulkan ialah perasaan bahawa anak2 OKU sama saja seperti anak2 lain, mereka berhak untuk mendapat peluang yang sama seperti orang lain.
Oleh yang demikian, kami amat berbesar hati sekiranya Ben sudi untuk turun memberi sokongan kepada program ini.

Details:
tarikh : 8 Mei 2011
masa : 11am-4pm (pelancaran jam 12.30)
tempat : Wisma Bling Lustre, Tmn Meranti Jaya, Puchong

Majlis ini turut dihadiri oleh selebriti seperti Farah Deeba, Najlah Ishak, Nawar Anisah, kumpulan MIrwana, Jack Dzull dan ramai lagi.
Kami amatlah mengharapkan skongan blogger2 macam bro Ben, semoga program ni dapat sambutan. harap sangat kalau bro ben tak dapat datang pun, dapatlah letak sikit dalam blog supaya orang ramai tahu kewujudan FAMEkids ni. mana la tahu dalam ramai2 pembaca blog Ben tu ada yang memiliki anak istimewa... jadi bolehlah dia turut serta.

Kalau ada blogger yang berminat , bolehlah hubungi Puan Lyna di sauberlina@gmail.com atau boleh lawati mereka di http://www.scriptorybox.com/

Monday, April 11, 2011

RUMAH NUR HIKMAH

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarokaatuh everyone. Wishing all of you a pleasant day and may we be blessed in all the good deeds that we do. For this entry, I'd like to share with you this. Whoever is interested in contributing, please contact USTAZ HAJI OTHMAN BIN HAJI AHMAD. جزاك اللهُ خيراً








Please feel free to visit RUMAH NUR HIKMAH's website

Have a nice day!

Monday, March 21, 2011

Wakaf Al-Quran


Ikhsan : Google Image

Assalamualaikum buat semua...

Mama terbaca kat blog Ben tadi tentang projek mewakaf Al-Quran. Lepas tu, Ben pun ada tulis, kalau sudi, sila panjang-panjangkan... Mmm mama bukan takat sudi je Ben, tapi sangat teruja dan sangat gembira nak tolong panjang-panjangkan. Manalah tahu, boleh juga dapat serba sikit pahala nak buat top up mana yang kurang tu kan...

Jadinya, kepada sesiapa yang sudi untuk mewakaf Al-Quran tu, keterangan lanjut dan cara-caranya bolehlah melawat blog berkenaan di sini ye WAKAF AL-QURAN

Semoga usaha-usaha kita mendapat keberkatan Illahi. InsyaAllah.

Wallahu'alam.