Search This Blog

Tuesday, December 6, 2016

CROISSANTS


CROISSANTS
Source : Instagram @cikkiah

300g tepung roti
7g yis (saf instant)
30g gula
4g garam
1 biji telur
150ml susu sejuk

30 g mentega (Ma guna Planta)
secukupnya Buttercup

CARA MAMA :

1. Mama guna #breadmaker untuk menguli. Tuangkan susu sejuk ke dalam breadmaker pan. Masukkan gula, garam dan telur.
2. Kemudian masukkan tepung roti dan akhir sekali yis.
3. On kan breadmaker ke setting Dough. Bila doh dah bersatu, masukkan 30g mentega. Biarkan BM menguli sehingga licin.
4. Keluarkan doh dari BM dan rehatkan sebentar. Roll doh menjadi segiempat dan masukkan ke dalam plastik. Simpan di dalam peti ais selama 30 minit.
5. Keluarkan doh dan roll menjadi segiempat tepat. Sapukan Buttercup secukupnya di 2/3 bahagian doh. Lipat dari bahagian yang tidak dioles buttercup ke tengah dan kemudian lipat 1/3 bahagian beroles ke atasnya. Simpan dalam plastik dan masukkan ke dalam peti ais selama 30 minit. Ulang proses ini 3 kali.
6. Keluarkan doh dan potong 2 bahagian. Simpan semula 1 bahagian ke dalam peti ais untuk mengelakkan buttercup cair.
7. Roll doh menjadi segiempat tepat yang nipis. Potong doh bentuk 3 segi.
8. Ambil sekeping doh 3 segi dan roll kan, bermula dari yang lebar ke yang tirus. Untuk lebih jelas, boleh tengok di Youtube.
9. Susun di atas dulang pembakar dan biarkan naik. Sapukan dengan kuning telur dan bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada 200C selama 20 hingga 25 minit.




Wednesday, November 30, 2016

Tuesday, November 29, 2016

KUETIAU KUNGFU


KUEY TEOW KUNGFU 
Sumber : IG Majalah Rasa

BAHAN- BAHAN:

100gm kuey teow
2 biji telur
2cm halia - dihiris nipis
2 ulas bawang putih - diketuk
1/2 batang lobak merah - dihiris halus
1 pokok sawi - dipotong
100gm udang
250ml air
1 sudu kecil tepung jagung dicampur dengan sedikit air
1 sudu kecil garam
1 kiub pati ayam
2 sudu kecil minyak bijan
Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK :

1. Pecahkan sebiji telur dan masukkan kuey teow. Kacau sebati dan goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan seketika.
2. Untuk menyediakan kuahnya, panas minyak dan tumis halia serta bawang sehingga naik bau.
3. Masukkan air, minyak bijan, lobak merah dan udang. Letak garam dan pati ayam secukup rasa.
4. Seterusnya masukkan sawi dan letakkan telur. Tambahkan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Biarkan mendidih.
5. Tuangkan kuah ke dalam pinggan berisi kuey teow goreng tadi. Sedia untuk dinikmati.

Nota :

1. Mama tak masukkan telur dalam kuah.
2. Masa goreng kuey tiau campur telur tu, jadi tak cantik sebab kuali melekat. Jadinya ma cover baikkkk punya dengan kuah yang meriah. Apa ada pada rupa, janji rasanya mabeles.

Monday, November 28, 2016

CONGO BARS


CONGO BARS
Sumber 1 : @matgebu 
Sumber 2 : @71keroroyz 
Modified by : @ainazarina77

 BAHAN-BAHAN :

150g mentega
180g gula perang
 3 biji telur gred A
315g tepung naik sendiri
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan chocolate chip
1 cawan almond flakes

CARA :
1. Panaskan ketuhar 170° C. Alaskan tin 10" x 10" dengan greaseproof paper. Ketepikan.
2. Putar mentega dan gula hingga berkrim, tak perlu kembang sangat. Masukkan telur satu per satu dan esen vanilla. Putar sebati.
3. Perlahankan kelajuan kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.
4. Tambahkan 1/3 chocolate chips dan 1/3 almond flakes ke dalam adunan tepung dan gaul rata dengan menggunakan senduk kayu.
5. Tuang adunan ke dalam tin dan ratakan dengan spatula. Taburkan dengan lebihan chocolate chips dan almond.
6. Bakar selama 30 minit hingga masak. Sejukkan terlebih dahulu baru dipotong.




Saturday, November 26, 2016

Risoles Cheese Daging



RISOLES CHEESE DAGING

Bahan-bahan untuk kulit : 

200g tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
1 biji telur
350ml air
Garam secukupnya

Inti karipap
Sliced cheddar cheese

1 biji telur - dipukul
Serbuk roti secukupnya
Minyak untuk menggoreng

CARA :

1. Campurkan kesemua bahan dan kacau menggunakan whisk hingga tidak bergentel.
2. Tapis adunan.
3. Tuangkan sesenduk bancuhan ke dalam non stick pan dan layangkan seperti membuat kuih dadar/ketayap.
4. Letakkan sesudu inti di atas kulit risoles dan 1/3 sliced cheese. Gulungkan.
5. Celupkan gulungan tadi ke dalam telur dan golekkan atas serbuk roti.
6. Goreng hingga perang keemasan.

Friday, November 25, 2016

MARBLE CAKE


MARBLE CAKE
Sumber : Chef Asma via Azlita Masam Manis 

Bahan A

250g majerin Planta
50g mentega (ma guna Buttercup je)
150g gula halus atau gula kastor
100g gula icing - diayak

Bahan B 

250g telur ~ Tanpa kulit
1/4 sudu teh esen vanilla

Bahan C

250g tepung gandum
1 sudu teh baking powder
- Satukan bahan ini dan ayak

Bahan D

2 sudu besar serbuk koko

CARA :

1. Satukan bahan A dalam mixer. Putar adunan bahan A hingga creamy atau putih pucat. (Mama pukul manual je).
2. Masukkan telur satu persatu dan terus putar hingga sebati.
3. Tambahkan esen vanilla dan gaul rata.
4. Tuangkan tepung yang sudah di ayak sedikit demi sedikit dan pukul dengan speed perlahan.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama banyak. Campurkan 1 bahagian dengan serbuk koko. Kacau sebati.
6. Alaskan tin 7 x 7 inci dengan greaseproof paper. Sudukan 2 sudu besar bancuhan putih di tengah-tengah. Kemudian sudukan 2 sudu besar bancuhan koko di atas bancuhan putih tadi. Ulang proses ini hingga habis adunan. Hentakkan sekali loyang di atas permukaan rata.
7. Bakar di dalam ketuhar yang telag dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170°C selama 50 minit atau sehingga kek masak. Suhu dan tempoh membakar kek mungkin berbeza. Kenali ketuhar anda.


Wednesday, November 16, 2016

SAMBAL TELUR REBUS



SAMBAL TELUR REBUS

Telur rebus

Bawang merah - dikisar
Bawang putih - dikisar
Cili kisar
Air asam jawa
Gula
Garam
Serbuk perasa - optional
Bawang besar - hiris separuh bulat
Minyak

Cara :

1. Rebus telur hingga masak. Kupas kulit dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak. Masukkan bawang putih. Tumis hingga keperangan dan masukkan bawang merah. Masak hingga wangi.
3. Masukkan cili kisar dan masak hingga garing.
4. Masukkan air asam. Kacau.
5. Masukkan gula dan garam. Kacau rata.
6. Masukkan telur dan bawang ke dalam sambal. Kacau rata. Biar sebentar dan bolehlah dipadamkan api. Sedia untuk dihidangkan.

Wednesday, November 9, 2016

Pulut Serunding





PULUT SERUNDING 


Beras pulut
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Masak pulut seperti masak nasi.


BAHAN-BAHAN UNTUK SERUNDING :

Kelapa parut
cili kering - dibasuh dan dipotong 1sm
1 batang serai - dipotong kecil
1 sudu besar udang kering - dicuci dan tos
1 biji bawang merah size sedang - dihiris

garam
gula


CARA :


1. Masukkan kelapa parut, cili kering, serai, udang kering dan bawang besar ke dalam kuali. Masak hingga kelapa keperangan. Sentiasa kacau.
2. Sejukkan.
3. Kisar hingga halus. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Taburkan atas pulut semasa menghidang.

Sunday, November 6, 2016

Minum Petang

Lamanyaaaaaa dah bersarang 'rumah' ku ini. Tak apalah, ni mama muncul semula. Harapnya bukanlah hanya untuk seketika cuma ye.



Wednesday, March 9, 2016

Pau Pandan


BAO DOUGH 
Source : rohahssan instagram

Ingredients :

150ml water
1 tablespoon pandan emulco
A few drops of green food coloring
45g castor sugar
1/2 teaspoon salt
20ml corn oil
325 g pau flour
1/2 teaspoon baking powder
1 teaspoon instant dried yeast (Saf Instant)
1 tablespoon shortening

Bread Maker method :

1. Into the BM pan, pour in water, pandan emulco and green food coloring. Stir to mix.
2. Add in sugar, salt and oil.
3. Top it with sifted bao flour and baking powder.
4. Turn on the BM to dough setting. Once the flour is incorporated, throw in the shortening. Let the BM finishes it's task which will takes about 1 1/2 hour to complete. (Kneading and prooving).
5. Remove the dough from the BM pan and divide to 50g each. Make into round balls and let it rest for 10.minutes.
6. Flatten the dough and place a tablespoon of kaya filling and cover it. Place on a piece of greaseproof paper or a small piece of banana leaf.
7. Arrange in a steamer and let it rise.
8. After 10 minutes of leaving the pau to proof, you can start boiling the water for the steamer.
9. Once the pau has risen, steam for 10 minutes on high heat. Do wrap the steamer's lid with a clean cloth to avoid.water from dripping onto the pau.
10. Turn of the heat and let it stay about 5 minutes or so before opening the lid. Ready to serve.



PANDAN KAYA
Source : rohahssan instagram

Ingredients :

180ml coconut milk
55g sugar
10g cornflour
1 egg
1 tablespoon pandan emulco

Method :

Place all the above ingredients in a pot and keep stirring over medium heat till it thickens. Remove from fire and let it cool. Ready to use.

Tuesday, March 1, 2016

Burger Buns




BURGER BUN
Source : Norhayani Mohd Nor

Ingredients :

180ml chill water
1 teaspoon salt
2 tablespoons sugar
250g bread flour
50g all purpose flour
2 tablespoons milk powder
1 teaspoon instant dried yeast

40g margarine/butter

White sesame seeds

Bread Maker method :

1. Into the breadmaker pan, pour in the water, salt and sugar.
2. Top it with flour, milk powder and instant dried yeast.
3. Set the bread maker to DOUGH setting and press start. When the dough is just combined, add in margarine. Leave the bread maker to finish the cycle which will take about 1 1/2 hour or so.
4. Remove the dough from the pan and divide the dough into 6 equal portions.
5. Form each portion into a ball and arrange on a baking tray and place the greased rings. Spray with a bit of water. Leave to rise for another 30 minutes or so.
6. Sprinkle the top of the dough with enough sesame seeds. Brush with the mixture of milk powder and water.
6. Bake in a pre-heated oven at 180°C for 25 minutes or till golden brown