Search This Blog

Friday, November 23, 2018

Ayam Gajus




AYAM GAJUS
Sumber : Sifu memasakku Chef @hanieliza

Bahan A:

600 gm isi ayam - dihiris
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil garam

Bahan B:

100 gm kacang gajus - #airfried
3 tangkai cili kering - dipotong kecil
1 biji bawang besar - dipotong dadu kasar 
4 ulas bawang putih - dihiris
2 inci halia - dihiris
1/4 biji lada benggala hijau - dihiris memanjang
1/4 biji lada benggalamerah - dihiris memanjang
1/4 biji lada benggala kuning - dihiris memanjang
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
1/4 cawan air 
2 sudu besar minyak masak

Cara :

1. Gaulkan isi ayam bersama garam dan tepung jagung. Panaskan sedikit minyak dan gorengkan lada kering hingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama, goreng/panfry ayam hingga masak. Angkat dan ketepikan.
3. Tambah sedikit sahaja minyak dalam kuali. Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar. 
4. Masukkan isi ayam, sos tiram, sos cili dan sedikit air. Kacau rata.
5. Bila dah sebati, masukkan ketiga-tiga lada benggala. Kacau sebentar sahaja dan tutup api.
6. Masukkan kacang gajus dan kacau rata. Sedia dihidangkan.




3 comments:

  1. Salam dear mamafami, rajin nya update blog, kita macam biskut dah. Nak pinjam semangat rajin tu.. BOLE?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Kak Mon. Semoga Kak Mon sihat-sihat saja. Kita pun macam biskut juga. Bila sempat kita update. Tapi biasanya kerajinan untuk update di sini macam menjauh je. Hahaha. Lebih aktif di Instagram sekarang ni.

      Delete
  2. Mamaaaaaa, yumm yumm sedap sedap

    ReplyDelete

Please feel free to drop a comment or two... much appreciated... thank you!