Labels

A KEEPER (9) Advertisement (5) Airfryer (1) announcement (4) Apam (21) Articles (3) Awards (24) Beef (7) Bread (135) Brownies (15) Cakes (131) Charity (6) Chicken (17) Chiffon (12) Contest (5) Cookies (68) Crafts (1) Cuppies Design (56) Dedication (57) Dessert (4) Donut (6) Drinks (10) Equipments (6) Fish (6) Flashback (1) Fondant (1) Gifts (1) Health (4) HELP (2) Information (4) Ingredients (7) Islam (4) Jalan-jalan Cari Makan (2) Kuih-muih (112) Lauk-pauk (129) MANUALS (2) Muffins (41) MY BOOK (3) Orders (3) Pasta (15) Phillips AirFryer (2) Pies n Pastry (21) Pies/Pastry/Puffs (5) Pudding (10) Ramblings (25) Rice n Noodles (60) Seafood (7) Snacks (37) Step-by-Step (15) Stories (14) Tag (9) Trips (12) Vegetables (7) Video (3) Western (15)

Search This Blog

Loading...

Tuesday, April 14, 2015

Jackfruit Fritters

F.O.R T.H.E S.O.U.L

Ada seorang gadis menyewa rumah bersebelahan dengan rumah seorang ibu miskin dengan 2 anak.Satu malam tiba-tiba bekalan elektrik terputus. Dengan bantuan cahaya handphone, gadis itu ke dapur mahu mengambil lilin, tiba-tiba ada yg mengetuk pintu. Ternyata seorang anak miskin yang disebelah rumahnya.

Anak itu bertanya dengan risau : "Kakak, ada lilin tidak?"
Gadis itu berfikir : "JANGAN PINJAMKAN" nanti jadi satu kebiasaan untuk terus-terusan meminta.
Maka si gadis menjawab : "TIDAK ADA!!".
Lalu si anak miskin berkata riang : "Saya sudah agak kakak tidak ada lilin, ini ada 2 lilin saya bawakan untuk kakak. Kami khuatir kerana kakak tinggal sendirian dan tidak ada lilin." Si gadis merasa bersalah, dalam linangan airmata, dia memeluk anak kecil itu erat-erat.

PENGAJARAN BUAT KITA.....

Jangan menilai keburukan orang lain hanya kerana mereka kelihatan MISKIN / TIDAK MAMPU. Ingat! kekayaan tidak bergantung seberapa banyak yang kita PUNYA, tetapi seberapa kita MAMPU untuk BERBAHAGI kepada mereka yang TIDAK MAMPU. Miskin bukan bererti tidak PUNYA APA APA dan KAYA bukan bererti PUNYA SEGALANYA.

Hindarkan sikap buruk sangka...bersangka baik senantiasa...

T.H.E R.E.C.I.P.E


JACKFRUIT FRITTERS
Posted by MamaFaMi

Ingredients :

jackfruits - sliced thinly
1 1/2 cups flour
1 tablespoon milk powder
1/2 teaspoon baking powder
3 tablespoons sugar (depends on the sweetness of your jackfruits)
1/4 teaspoon salt
enough water
enough oil for frying


Method :

1. Sift flour and baking powder.
2. Add jackfruit, sugar, salt and milk powder. Mix well.
3. Add water. Mixture must neither be too soft nor too hard.
4. Heat oil and spoon a spoonful of batter gently into the oil.
5. Fry till golden brown.
6. Remove from oil, onto a kitchen towel. Ready to serve.


Have a nice day!


9 comments:

  1. Assalam
    Makteh x suka nangka, tapi melihatkan jemput nangka mamafami, terliur pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mak Teh.

      Kita pun not in favour dengan nangka ni, tapi bila dah disiat-siat kecil-kecil dan dicekodokkan, sedaplah pulak.

      Delete
  2. mesti wangi satu rumah bila menggoreng jemput2 nangka ni... kat rumah saya mesti tak sempat jd fritter mama... kejap je lesap nangka ni kalau ada depan mata... semua suka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak le berapa nak wangi sebab nangkanya seciput je Ratna. Ada dua ulas je tinggal. Yang lain, mak dah makan. Hehehe.... Tapi disebabkan bersemangat nak buat cekodok nangka, dua ulas pun dua ulaslah hai.....

      Delete
  3. belum pernah buat jemput2 mama, selalu makan gitu je kalau nangka boleh try resepi mama nanti..

    moralnya bersangka baik lah kan mama, kadang2 bisikan syaitan yang membuatkan kita selalu bersangka buruk pada orang subhanallah, semoga ALLAH membersihkan hati2 kita dari segala sifat keburukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sudi, cubalah ye Kak Noor. Sedaplah kat tekak kita. Kalau ada lebih banyak nangka tadi, tentu lagi sedap rasanya.

      Aamiin Aamiin atas doa yang Kak Noor titipkan. Jazakillah khairan kathira.

      Delete
  4. Mama, this must be very sedap. Tak pernah pulak merasa fritters nangka. What I know is I love cempedak goreng and cekodok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Phong Hong, everything also can dicekodokkan. Hahaha... I pun suka cempedak goreng. Adoi, tapi mahalnya nak beli. Nak goreng sendiri, I tak suka part kena siang the cempedak, dengan getah melekat semua tu... huhuhu

      Delete

Please feel free to drop a comment or two... much appreciated... thank you!