Labels

A KEEPER (9) Advertisement (5) Airfryer (1) announcement (4) Apam (21) Articles (3) Awards (24) Beef (7) Bread (135) Brownies (15) Cakes (131) Charity (6) Chicken (17) Chiffon (12) Contest (5) Cookies (68) Crafts (1) Cuppies Design (56) Dedication (57) Dessert (4) Donut (6) Drinks (10) Equipments (6) Fish (6) Flashback (1) Fondant (1) Gifts (1) Health (4) HELP (2) Information (4) Ingredients (7) Islam (4) Jalan-jalan Cari Makan (2) Kuih-muih (112) Lauk-pauk (129) MANUALS (2) Muffins (41) MY BOOK (3) Orders (3) Pasta (15) Phillips AirFryer (2) Pies n Pastry (21) Pies/Pastry/Puffs (5) Pudding (10) Ramblings (25) Rice n Noodles (60) Seafood (7) Snacks (37) Step-by-Step (15) Stories (14) Tag (9) Trips (12) Vegetables (7) Video (3) Western (15)

Search This Blog

Loading...

Tuesday, September 9, 2014

Jeruk Binjai


JERUK BINJAI
Posted by MamaFaMi
Source : Hajjah Rokiah binti Ahmad, Nor Hazlinda's mom


Bahan-bahan :

1 biji buah binjai
1/2 sudu besar air kapur
Garam secukupnya


Buah binjai dan air kapur. Tidak perlu membuang kulit buah binjai.


Hiriskan tebal-tebal seperti di dalam gambar.


Bilas hirisan buah binjai dan masukkan ke dalam mangkuk berisi air yang telah dicampur dengan air kapur. Biarkan selama lebih kurang 5 ke 10 minit.


Buangkan air dan bilas sekali. Toskan. Lumurkan garam di serata hirisan buah binjai tersebut.


Masukkan ke dalam botol kaca.


Tutupkan botol dan peram buah binjai tersebut selama 3 hari di dalam suhu bilik. Selepas 3 hari, jeruk binjai telah boleh dimakan. Selebihnya bolehlah disimpan di dalam peti sejuk.


Memandangkan Hazlinda ada menyebut, ibunya suruh buat cantik-cantik, maka untuk merealisasikan arahan ibu Hazlinda, maka mama telah mengikat reben di sekeliling botol. And what did I get from Hazlinda, " Kak Mama sengal!" Hahahaha....

Apa-apa pun, ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat Puan Hajjah Rokiah kerana sudi menurunkan ilmunya kepada mama menerusi anakandanya Nor Hazlinda. Alhamdulillah kini Mr Hubby dapatlah menikmati buah binjai bersama sambal belacan selagi jeruk binjai ini masih ada.

Sekian, terima kasih.
HAVE A NICE DAY!


16 comments:

  1. kecur liur tengok gambar binjai tu....tercium2 plak baunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bau buah binjai memang kuat dan sangat menggoda qolbu. Hahaha

      Delete
  2. Alahai, Mama. I don't know what is buah binjai but I love any kind of jeruk. Mr Google tells me that it comes from the same family as mango. This is something new to me :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah apa yang you baca tu. Binjai ni adik beradik mangga and kuini. Bau dia kalau dah masak, pergh goncang kalbu! Hahaha... Kalau nasib baik, you get the sweet binjai, otherwise sour la. Tapi the sour ones, buat makan dengan sambal belacan, terangkat oo...

      Delete
  3. oh jeruk ni makan bersama nasi dengan sambal belacan ke mama?
    bukan macam jeruk-jeruk buah yang biasa tu ker

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah Mrs Smile. Binjai ni dijerukkan untuk tahan lama. Macam cili jeruk dan timun jeruk tu.

      Delete
  4. Hi MamaFaMi, Ini kali pertama I lihat dan dengar buah binjal jeruk. Nampak sedap jugak, ya? Kalau I boleh dapat buah ni, boleh juga I cuba, hehehe.... Thanks for sharing and warmest regards :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buah binjai ni bermusim Ivy. Nanti kalau jumpa, bolehlah you cuba pulak ye...

      Delete
  5. alamaaakk lama dah tak makan buah binjai..sedapnye...lagi2 jeruk tu..alahai..

    Ostematrix Vs Susu

    ReplyDelete
  6. Wooaahhh suka semua buah jeruk2 ni...!! Apa kabar mama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sihat-sihat je Mulan... :)

      Delete
  7. Masak ikan lemak cili padi letak jeruk binjai ni pun sedap wooo...

    ReplyDelete
  8. salam.kt mna sy boleh dptkn buah ni.sbb nk buat ubat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Akmal. Buah binjai ni bermusim. Mama beli di Melaka. Ikut nasiblah kalau terjumpa. Itu sebabnya bila jumpa, kami beli lebih dan jerukkan.

      Delete

Please feel free to drop a comment or two... much appreciated... thank you!