BUBUR KACANG DURIAN
Disediakan oleh MamaFaMi
Cilok : versi Bahasa Inggeris
Bahan-bahan :
1 cawan kacang hijau - dibasuh bersih
air secukupnya untuk merebus kacang
sekeping gula melaka asli - diracik
1/4 cawan gula pasir - tambah jika tidak cukup manis
1/4 sudu teh garam halus
1 cawan santan kelapa - mama gunakan Ayam Brand
1 helai daun pandan - disimpul
4 ulas durian
Kaedah penyediaan :
1. Mama rebuskan kacang hijau dan air menggunakan Panasonic slow cooker. Boleh juga direbus di atas dapur masak tapi tidak boleh ditinggalkan. Hangus pulak nanti. Mama gunakan slow cooker sebab sambil itu, mama boleh buat macam-macam kerja lain :)
2. Bila kacang dah lembut, masukkan gula Melaka, gula pasir dan garam. Kacau.
3. Tuangkan santan dan tambahkan air jika bubur terlalu pekat. Masukkan daun pandan yang telah disimpul.
4. Biarkan mendidih kemudian masukkan durian. Masakkan sebentar kemudian padam api.
5. Sedia untuk dihidangkan.
6. Nota : Memandangkan slow cooker mama tu comel sahaja sizenya, bila kacang hijau dah lembut, mama alihkan ke dalam periuk lain dan proses seterusnya mama masak di atas api dapur.
Selamat mencuba!
sedapnya, ni memang feveret. :-)
ReplyDeleteNyaman gituuuu....
DeleteWow, very nice! I tak pernah makan bubur kacang dengan durian.
ReplyDeleteSedaplah Phong Hong....IF you are a durian lover la....;)
Deletehmmm dah lama tak makan bubur kacang dengan durian.....tempting!
ReplyDeleteNanti cari kacang, cari durian, cari santan ok... senang je tu. Kejap je siap!
Delete