Search This Blog

Friday, September 21, 2012

Nak kena luahkan juga!!!!



Sabarlah wahai hati.... kuatkan semangat wahai MamaFaMi... semua ini adalah dugaan... bukan cobaan.... 

Sudah dua kali, tatkala memandu, mama di'asak' oleh pemandu yang baran. Sungguh mengerikan. Tetapi oleh kerana semangat ku semangat power rangers kaler biru, maka mama masih gagah memandu dan tidak lemah semangat. 

Insiden pertama : 

Sewaktu memandu di waktu malam untuk pulang ke rumah setelah menghantar anak ke pusat tusyen, mama telah memberi signal untuk ke kiri, dalam erti kata lain, meminta jalan untuk masuk ke kiri dan mama mula memasuki lorong kiri. Kereta BMW berwarna putih dengan nombor plat... eh tak payah cakaplah... telah membunyikan hon dengan kuat. Marah la tuh.... mama pun teruskan pemanduan dan bila tiba di jalan yang sedikit lapang, BMW tersebut telah memotong kereta mama dan menghimpit mama dengan sengaja!!! Dan kemudian memecut pergi..... 

Rumusan mama :

Kalaulah si pemandu itu mengatakan yang mama ni pemandu yang reckless, then dia kena ingat... bahawa dia DOUBLE RECKLESS because I didn't do it on purpose but he or she did! Betul tak? 

Insiden kedua :

Sewaktu menyusuri jalan untuk keluar ke jalan besar, mama telah memandu di tepi sebuah lori besar. Mungkin silap mama sebab tidak ke hadapan sedikit dan menghalang pemandu tersebut. Tetapi bila mama sedar akan keadaan tersebut, mama telah ke hadapan dan memberi jalan kepada lori tersebut untuk lalu and what did I get.... nak mamp*s ke dan entah apa-apa lagi yang dihamunnya. Bila dia di hadapan, panas hatinya masih belum reda, melalui cermin tepinya dia masih marah marah dan mama tunjuklah gesture... silalah jalan saya dah beri laluan... and what did I get... the middle finger thingy! Tidak cukup dengan itu, dia sengaja memandu dengan cara yang cuba membuat mama pissed off. But did I? No... I stayed cool. Bila mama hendak ke lorong kanan, sengaja dia masuk ke lorong kanan dan begitu juga bila mama hendak ke lorong kiri, dia sengaja masuk ke lorong kiri. Apabila mama berjaya memintas, dengan gaya yang tak sopannya, dia terus masuk lorong yang sama dan berhenti begitu hampir dengan kereta mama. Harapannya nak tengok mama melatah ternyata meleset. I stayed cool and didn't even move an inch. Agaknya, bertambah-tambahlah marah 'kawan' tu! Marahnya belum habis sehinggakan dia hampir sahaja tersalah masuk lorong, hala tujuan dia ke kanan dan mama ke kiri, tapi dia ikut lorong kiri dan last minute terus swerve masuk ke lorong kanan...sebab nak sesakkan hidup mama semata-mata... tapi kesian dia sebab apa yang dia buat, tidak mendatangkan effect kepada mama... 

Rumusan mama :

Kalaulah si pemandu tu kata mama ni bodoh dan tak reti memandu dengan baik... cuba dia fikir balik, segala tindakan dia pandai ke? Fikir-fikirkanlah...... 

Dalam kedua-dua insiden ini, mama memandu kereta anak mama dengan tanda P terpampang di cermin kereta... 

Phew... lega dah lepaskan......

26 comments:

  1. Salam mama, kalau drive inilah risikonya, kdg tu takut jugak byk pemandu2 skrg ni panas baran termasuk laki kita :D tp panas2 dia dia membebel kat dlm keta kita ler yg kena hihihi... tp kalau kat sini bahaya sikit lah ma sbb dia org ada simpan pistol mana pemandu2 yg mcm malaun sikit tuuu kdg driver teksi pun ada simpan pistol kat dlm keta, sbb tu lerr kalau drive kat sini mmg kena berkehmah sbb kita org luar huhu.... saba ya mama moga takde apa2 insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Arah. Hihihi... senasib kita. Orang lain yang bawak cam malaun, kita lak kena tadah telinga dengar syarahan percuma dari en suami kan kan kan... Sket baik kita leh tahan baran lagi kan... kalau tak, mau dua dua membebel, tak de saper yang dengar! Hahaha.. Ish bahaya la main pistol pistol ni.... menakutkan...

      Delete
  2. Assalamualaikum Mama :D
    Hehehehe tak sangka Mama ku Sayang ni bersemangat Power Rangers!!...Org sekarang ni tak utamakan undang2 ikut suka dia jer memandu...nasib baiklah Mama tak jadi polis traffic kalau tak pasti org2 tu kena saman....kwang...kwang...kwang...

    Jangan marah yer Mama...Lin gurau jer...tapi Lin tabik springlah dengan kesabaran dan ketabahan Mama tu didalam menghadapi kerenah samseng jalan raya...walaubagaimanapun kena berhati2 dengan dia orang ni Mama. Semoga Mama senantiasa dilindungi oleh ALLAH S.W.T Ameen...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Lin....

      Ha ah, semangat power rangers kena hada kalau driving ni. Kalau semangat rapuh, harus kena horn sekali, terus park kereta ke tepi dan tak mau memandu dah. Ada kalanya kena wat toya je... tak usah dilayan. Sebab kalau kita layan, maknanya kita pun saaaamalah sengetnya macam diorang diorang ni....

      Amin amin atas doa Lin.. jazakallah

      Delete
  3. salam mama..memang teruk tu tambahan bila dorang nampak kita ni pompuan lagi lah sedap dorang buli tapi tak apa ..sabar..apa yang mama lakukan tu memang betul..cool je...Insyallah Allah akan lindungi kita dari orang orang yang teruk /baran tu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Cik Manggis. Tu la tu, mentang-mentang kita perempuan dan kereta pulak Myvi ada lesen P, sesuka hati dia nak buli. Tapi bila pikir balik, macam dia menyakitkan hati sendiri je. Susah payah pikir perkataan nak maki mama, susah payah drive tak senonoh, tapi yang nak disakitkan hatinya... buat selamba dek je... kesiaaaaaaannnn dia....

      Amin amin atas doa Cik Manggis... jazakallah

      Delete
  4. salam Mama cayang
    ala kesiannya akak dengar ceita mama ni,selama akak memandu pernah jugak terjadi kat akak,sampai ada orang tu yg dtg kat keta akak pastu minta nak tengok lesen hadoiiiii masa tu akak mmg baru2 dpt lesen jugak mmg teruk sikit kot memandu,dimana saja ada orang yg tak reti nak hormatkan orang ni Mama so cool lah ya rasanya semua orang yg memandu pernah rasa apa yg mama rasa ni rileks lah ya semoga kita semua di lindungi ALLAH dari benda2 yg tak baik tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Kak Noor cayang....
      Kita rasa kan, hari ni hari kurang bertuah kita la kak. No wonder la kita rasa berat je hati nak ke tempat tu tadi tapi sebab terpaksa, kita gagahkan juga. Ini yang menanti rupanya. Itupun, sebelum keluar rumah, kita dah amalkan petua yang Kjee beri.. baca sepotong ayat dari Surah Yassin tu. Agaknya, itulah yang buat lori tu tak gesel kereta kita and caused more trouble. I had to stay cool for the sake of my boy. Kita dapat strength to maintain pun sebab ada dia. Kita tak maulah kalau kita hangin dan gabrah, anak kita pun turut sama... Tapi dalam pada baik tu, dia cakap kat kita... mom.. i am steaming inside! Hahaha... sabar je la...

      Amin amin atas doa Kak Noor...semoga kita semua dilindungi Allah setiap masa... amin...

      Delete
  5. OMG dear. JANGANLAH layan samseng2 tu. Its very dangerous!! Kjee pernah kena dengan satu pemandu India. Mabuk kot. Mungkin Kjee silap masa memandu tetapi janganlah sampai dia over take my car, then buat emergency brake!!! Banyak kali!!! Dia saja nak Kjee langgar bontot kereta dia! Nasib baiklah Kjee terus pecut dan tinggalkan dia. Dia follow sampai rumah. Kjee then buat u turn dan drive to balai polis. bila dia nampak Kjee turun ke arah balai polis, dia terus pecut dan blah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak de makna nak layan. Tapi kan Kjee, I rasa, disebabkan I buat derk tu, dia lagi sakit hati kot.. tu yang dia buat kerja pendek akal sket tu... Tapi alhamdulillah nothing bad happened.

      Ish, sungguh seram baca what you went through with the drunk driver. Kalau kita, mau kecut perut. Ha ah, very smart move Kjee... drive ke balai polis. I kan, nombor balai polis area my house memang ada dalam handphone... just for security!

      Delete
  6. mohon dijauhkan la kan driver mcm tu.. sesak dada..tapi mama stay cool. syabasss... rasanya memandu di area banyak kreta mcm KL ni mcm2 la kekdah perangainya. pulak2 kalau higway mrr2 yang rasanya tak pernah surut kereta. rasanya dah normal org yang biasa guna akan masuk kelorong mana2 dengan keadaan kereta yang dekat2, semua dah tahu n bertolak ansur, tapi saya pernah kena ada yang kepala bingai, tak bagi masuk, udah ler tak bagi masuk, bila kita masuk belakang kereta dia siap tunjuk finger yang tak senonoh tu.. pastu duk bunyi2 kan enjin kereta dia tanda marah.. wat the laaa..
    maslaah lain yg saya pernah kena cume org yang tak perasan belakang vontot dia lampu brek tak de. biasa la kl ni dah dekat2 baru brek kan, kereta mahal lampu brek tak de, nyarisss laa.. tu belom cerita yg kita sangaatttt kena berhati2 kalau follow taxi kan. rumusannya memandu ni kena banyak sabaarrrrr dan stay cool!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin amin... betul tu Izah... kalau boleh memang tak mau berhadapan dengan masaalah cam ni. Yang beri laluan pun gitu gak. Dah bagi signal mintak jalan, ish masih kedekut gak. Walhalnya kalau dia bagi pun, dia lambat seminit je tiba ke destinasi.. bukan lambat 1 jam pun... hish...

      Moral of the story... bila memandu memang kena sabar!

      Delete
  7. Kakpb dah lama tak drive, sejak dok sabah ni rasanya baru 2 kali drive. Mama kalau keluar malam, kena ada teman, bahaya tau. Orang sekarang main parang, bunuh kalau dah marah. Hati2 mama ye, jgn layan org mcm tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita kalau drive malam Kakpb, memang selalu race je... especially kalau tempat tak banyak kereta dan ada kereta ikut kat belakang... memang tak de nak drive ayu ayu dah... keselamatan diri difikirkan dulu. Paling cuak bila kena berhenti kat traffic light. Mulalah baca segala ayat yang terlintas di fikiran...

      Delete
  8. assalamualaikum mamafami...wah tekezut fiza baca cerita mama ni...takut juga...fiza takat hari belum ada lgi jadi kes2 camtu....selalunya kena horn sbb lambat jln jer time lampu ijau...mama kena bykkan baca ayat bismillah 5 tu...insyaAllah Allah akan pelihara kita...moga Allah jauhkan kita dr musibah...amin !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikmussalam Fiza. Terima kasih beritahu pasal ayat Bismillah 5 tu ya. Mama dah tepek untuk rujukan nanti. Amin amin....

      Delete
  9. salam rindu mama..isshh..bengang betui kita kalu dengar citer2 penyangak camni..dahla kita baru kecurian h/bag minggu lepas..tension pun x abiss lagi..ni lak baca kes mama nih..mmg geram tul la ngan manusia2 ganas camnih..sebaik x de berlaku perkara x elok kt mama kan..syukur alhamdulillah! i think what u did is definitely right!! insyaallah..Allah swt akan sentiasa melindungi insan2 yg selalu ingat padanya..amin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naudzubillah mintak dijauhkan dari musibah yang disebabkan oleh penyangak-penyangak ni semua kan. Kenkadang, kita rasa kita dah cukup berhati-hati tapi tu la, bila nak kena, kena juga kan Ina. Amin amin to your duas.... Jazakallah...

      Delete
  10. cayalah mamafami....dah keluarkan steam tu.....turunla bp tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yes, I need to let out the steam. Kalau tak nanti, masak dalam!!!! Takut terlebih masak, nanti rentung lak... hehehe...

      Delete
  11. sabar byk2 ye ma.. saya ni hari2 drive hantar anak ke sekolah & ke tempat kerja dah lali dengan mcm2 kerenah pemandu... kalau kena yg berhemah & bertolak ansur tu.. alhamdulillah.. tp kalau kena yg pentingkan diri tu.. aduhaiii... mmg hangin juga dibuatnya.. tp bila fikir2 balik... lantak kaulah.. nak penting diri (taknak bagi laluan kita utk keluar simpang dijln yg sesak) sikit pun aku tak rugi... setakat beza 2, 3 kereta kalau kau taknak bg aku laluan dulu.. belum tentu lagi kat depan nanti kau akan berada kat depan.. sbb anytime bila kita tukar lane kita boleh potong dia blk.. heee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cakap Ratna tu.. yang dia dengki tak mau bagi kita jalan, macamlah dia boleh sampai destinasinya 10 minit awal kan.. silap haribulan... 1 minit awal pun tarak! Hehehe...

      Delete
  12. Hi Mama Fami, opps... sorry ya lambat sampai. Hope you're ok and B/P pun stable.
    Biasalah, men driver memang suka bully ladies driver especially those who drive big vehicle like lorry & van. As it's they are the only person who pay road tax and own the jalan raya.

    But ignore and sabar aje lah, takde nanti kita ladies in the losing end.

    Have a nice weekend, take care cayang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Amelia... BP stable... dan I dah okay. Dah let out the steam, so dalam tak de boiling lagi la... hahahaha...

      Tu la pasal, they think they are big, suka suki nak buli kita kan!! In the case of the BMW, I wish I was driving a bulldozer or 'lori hantu' tau... then I can just sodok the car.. then I would say... opps sorry.. tak sengaja! Hahahahaha.. can ar like that???

      Delete
  13. Assalamualaikum Mama Fami...

    Sabar yer... MM tadi baru kena tapi lain sikit... bab parking..
    Feels so sad this one LADY, sangat tak berbudi bahasa...
    Sangatlah sakit hati....

    Yang bab2 atas jalan mmg selalu kena.. esp dengan mereka yg tak tahu guna signal. sampai kita pulak nak terbabas sbb mengelak dr dia.. aishh..

    hopefully at this time Mama dah better yer.. :) stay cool as always :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam MM.

      Ha ah, bab parking ni pun kenkadang menimbulkan rasa 'blood go upstairs'. Macam tadi, I saw this lady went into her car and I was sure enough that she's going out of the car park. I gave signal nak masuk parking space dia la kan... ish tak tahu apa dia buat kat dalam kereta, ntah bersolek ke apa, I had to wait. At last, I chao park kat tempat lain... then baru nampak dia terhegeh2 keluar... saborrrr je la...

      Kalau bab signal, memang selalu kena. Kenkadang kita ni bodoh-bodohlah tunggu kat simpang, ingatkan dia nak terus, tup tup dia conner.... ampunnnn... mohon Allah tingkatkan kesabaran je laaaa.... hehehe....

      Delete

Please feel free to drop a comment or two... much appreciated... thank you!