Search This Blog

Tuesday, March 1, 2011

Ummi Zaihadi di Jelita Keluaran Mac 2011

UMMI ZAIHADI... atau lebih dikenali dengan panggilan Ummi Kuantan. Satu nama yang tidak asing lagi di kalangan blogger masakan. Seorang ibu yang berkerjaya, namun itu tidak menghalang beliau dari menyediakan sendiri juadah untuk keluarga tersayang. Bukan sahaja beliau seorang yang kreatif dalam menyediakan hidangan tetapi juga berbakat besar di dalam bidang fotografi. Gambar-gambar di dalam blog beliau mampu membuat kita menelan air liur!

Kini Ummi telah melangkah setapak lagi ke hadapan. Beliau telah muncul di dalam majalah Jelita keluaran bulan Mac 2011. Sebelum ini, beliau pernah di'pinang' oleh Majalan Intrend. Syabas diucapkan buat Ummi. Semoga terus maju ke hadapan tanpa menoleh ke belakang.


Resepi-resepi terbaru ciptaan Ummi, yang belum pernah disiarkan di dalam blog beliau. Justeru itu, sila dapatkan naskah anda sebelum kehabisan...wah, baik punya promo nih! Hahaha...






Di mana ada Ummi di situ juga ada Mat Gebu. Begitu jugalah sebaliknya. Gambar langkah demi langkah membuat kek Mocca Devil juga turut dimuatkan di dalam keluaran yang sama. Syabas buat kalian berdua.

7 comments:

  1. assalammualaikum mama, selamat pagi cikgu!!..terima kasih lahh, saya baca mama tulis dimana ada ummi di situ juga ada mat gebu...hahha, reall sehhh...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Mama...

    Ni Kena Ucap Tahniah Pada Kak Ummi....Dan Nak Cari Jelita Bulan Mac....

    ReplyDelete
  3. Mat Gebu :
    Waalaikumussalam Mat. Aik, bila pulak up satu tahap ni, jadi cikgu. Hihi... saja je ko. Betul pe, kalau Ummi call, mesti sebut nama Mat. Kalau Mat call mesti sebut nama Mek Rebit.. eh silap, nama Ummi... hehehe...

    LinRosly :
    Waalaikumussalam Lin. Kat blog dia pun, dia dah buat entry. Bolehlah Lin ucap kat sana dan jangan lupa dapatkan Majalah Jelita bulan Mac di kedai berhampiran dengan anda, hari ini juga, sementara stok masih ada... ahahaha.. dah serupa iklan ler plak!

    ReplyDelete
  4. syabas buat kedua2 nya... oso to u lovely mama..!!! may Allah bless u all with happiness, success & great health forever... untuk kami dapat share recipes etc.. TQ TQ..

    ReplyDelete
  5. Salam Ma...waaaaaaaaa..entry kejisss campur terkejut nih...hahaha...quote "dimana ada kami berdua, disitu kami ada..." tuuuuu kaaaaaa? Adeeehhh..Mat, ko la punya pasal nih...dah timbul pepatah petitih nih..hehehee...Apapun, thanks buat Mama yang sering jugak memberi semangat dan kata2 mencabar untuk Ummi....Mama pun x kurang hebatnya..Ummi berbangga punya sahabat2 seperti kalian....huhuuu..sayu la pulak..mcm org amik award jek eh..hehe...Mamaaaaaaaaa, muaaaaahhhh! Hari ni masak kari x? hehe

    ReplyDelete
  6. Tahniah..utk cik mat & kak ummi, pasni kena la cari kat kedai...wahhh hebat2 geng blogger kita semua dah laris di pasaran ngan resepi masing2...anyway sekali lg tahniah...:P

    ReplyDelete
  7. Mulan :
    Amin to your duaas

    Ummi :
    Waalaikumussalam Ummi. Tahniah buat Ummi sebab gambar-gambar dan resepi-resepi yang debomb tu ya. Hari ni tak masak kari kot.. lom tahu nak masak apa...

    khalis kyra :
    Cari jangan tak cari...

    ReplyDelete

Please feel free to drop a comment or two... much appreciated... thank you!