Apakah perasaan anda, sekiranya anak yang dikasihi dibawa pergi, tanpa khabar berita dan entah di mana dia berada. Kalau ditanya mama, pasti jawapannya, hancur luluh hati ini dicincang dek tajamnya rasa rindu. Tetapi begitu berat hati membaca, berat lagi jiwa yang menanggungnya.
Di dalam salah satu komen di entry-entry yang lalu, Kak Rina (mohon maaf kerana tidak dapat linkkan ke blog sebab mama tidak punya URLnya) ada menyentuh tentang kisah sedih penulis Elis Mokhtar dan anaknya Ferris. Mama terpanggil untuk mengetahui cerita selanjutnya. Justeru mama telah mencari di dalam google. Tatkala mama membuka blog Elis, kedengaran lagu yang sungguh mendayu. Sambil membaca bait-bait bicara di dalam blognya, airmata tidak mampu ku tahan....
Untuk mengetahui dengan lebih dekat, silalah ke blog beliau di BRING BACK FERRIS TO MALAYSIA.
InsyaAllah akan mama dapatkan novel hasil nukilan Elis, walaupun mama tidak tahu samada hati ini kuat untuk membaca isi kandungan novel tersebut.
Mama juga memanjatkan doa kepada Yang Maha Esa agar segala urusan mu dipermudahkan dan semoga Ferris akan selamat kembali ke pangkuan ibunya yang tercinta, Elis Mokhtar. Amin.
Mama juga memanjatkan doa kepada Yang Maha Esa agar segala urusan mu dipermudahkan dan semoga Ferris akan selamat kembali ke pangkuan ibunya yang tercinta, Elis Mokhtar. Amin.
Untuk sinopsisnya, bolehlah dibaca di sini.
Salam perkenalan mamafami..
ReplyDeleteBila buka saja entri ni, I can't help myself from crying by just looking at Ferris' picture! Tak boleh nak baca blog elis tu sbb sedih sgt.. Tak boleh dibayangkan perasaan ibu mcm Elis. Semoga kemenangan dan kebahagiaan berpihak pada Elis dan Ferris.. Amin!
huhuhuu...sedihnyer..tp sedih gak since mama dah xmuncul2 kt fb..
ReplyDelete~aida abdullah~
allh.. bc entry ni pun dh begenang..mmg terusik ht sy..tak tau nk ckp mcmn..
ReplyDeleteSalam, terima kasih Mama. Kak Rina
ReplyDeletesedihnya baca blog elis tu..thanks mama..
ReplyDeleteCik Siti :
ReplyDeleteAmin amin semoga Allah makbulkan doa kita semua buat Elis dan Ferris. Sesungguh insan yang teraniaya, amat dikasihi Allah.
Aida Abdullah :
Wah, kiranya double sedihlah ni ye? Mama berehat seketika la...
Farra Dhelina :
Kalau baca sambil diiringi lagu Pergi tu, lagi tak tahan...
Kak Rina :
Waalaikumussalam Kak Rina. Gosh, Kak Rina ni come and go without leaving any footsteps. Anyway, this is the best that I can do for her la. Biarlah lebih ramai yang sudi mendoakan Elis dan Ferris. Amin.
Anonymous :
Memang sedih... btw, siapakah gerangan yang menulis ni ye?
mama...kita la!!
ReplyDeletesemoga Allah lindungi nasib anak ini..ibu manalah yg boleh pisah dgn anak..tks!
ReplyDeletesedih kan anak kesayangan tak ada di sisi.. sedih sangat...
ReplyDeletekiter pong kelmarin kakrina msg psl nih.. tak dan nak buat n3 guna tipon jer nih.. mudah2an kiter sama2 doakan moga ferris kembali ke pangkuan ibunya.. Aminn..
ReplyDeleteAnonymous :
ReplyDeleteI still have no idea....
makdara TERdiva :
Amin... moga doa yang kita bekalkan buat Elis dimakbulkan Allah.
MULAN :
Sangat sangat sedih. Kebetulan, sebelum masuk blog Elis tadi, mama tertengok album gambar dalam laptop mama ni. Gambar masa Syahmi tinggal di asrama sekolah tatkala umurnya masih belum lagi 12 tahun. Tersayat hati mama tau... masa tu memang hati tu dah retak.. bila baca blog Elis, apa lagi, teruslah berjuraian airmata!
hana :
Amin amin, marilah kita sama-sama doakan yang terbaik buat Elis dan Ferris ye...
Psst... gi holiday bersama honeystars ke? Hehe
as salam mama..lama kita x kemari..mama pekabo?? kisah elis & anaknye ni mmg dh lama kita follow di akhbar2 & media..tersgt la sedihnye! baru tau ada blog elis nih..will always pray 4 them..moga kedua mereka dpt bertemu kembali..amin!!
ReplyDelete~~fadzlina la mama~~
ReplyDeleteInahar ali :
ReplyDeleteWaalaikumussalam Ina. Alhamdulillah mama sihat-sihat aje. Memang sedih baca kisah Elis ni. Amin amin to your duaas...
Fadzlina :
Haaa kan senang terus terang je. Hok aloh. Bukan apa, ramai benor yang bahasakan diri mereka KITA, tu yang tak tahu siapa. Mak Chu pun bahasakan diri dia KITA. Tapi semalam tanya dia, dia kata dia tak komen. :D
hehe kita tahu tp saje jer nak usik mama, dah lama x usik mama!! rindu ngan mama punya cerita..huhu
ReplyDeletemama! mak chu tu si kamaliah kan? ~~fadzlina~~
Assalamualaikum Mama..
ReplyDeleteElis nak ucapakan ribuan terima kasih pada semua yang memberikan kata2 semangat pada perjuangan Elis utk mendapatkan Ferris semula. Terima kasih atas semua doa-doa..Ya ALLAH, makbulkanlah!! Amin amin amin
Pada Mama..thanks a lot
Traffic Sources More ▸
http://mamafami.blogspot.com/ - 157
Elis juga ada di Facebook
BRING BACK FERRIS TO MALAYSIA
http://www.facebook.com/group.php?gid=173471483060
terima kasih semua.
Amin
elis @ Ummie Ferris
tak paham langsung kenapa jabatan imigresen boleh kasi mereka keluar dari msia walaupun lelaki itu tidak dibenarkan bawa anak dia keluar. saya rasa system imigresen ni perlu di upgrade...kalau polis atau org ramai buat aduan, mrk kena cepat2 masukkan dalam system. dah ramai sangat kanak2 di bawa lari bapa yg warga asing. yg susah nanti, org malaysia juga yg tak dapat cari anak dia sendiri. govt pula tak mahu masuk campur atau minta tolong interpol locate org2 yg kidnap anak...
ReplyDeleteThe dude is absolutely right, and there is no question.
ReplyDeletemetal table legs | how to distress furniture | online driving test