Search This Blog

Wednesday, February 9, 2011

Kangkung goreng

Hari ni kan, mesti Mak Chu tabik spring dengan mama tau. Dua kali I tell you, I update this blog! Kagumest ek Mak Chu... hahaha... Bukan apa, tadi masa mama post gambar lunch combo kami semalam, Nor Hasni ada mintak resepi Kangkung goreng. Bukanlah apa sangat resepinya, tapi sebab nak bagi Mak Chu kagum dengan mama, mama pun tulislah kat blog! Ish, bukan selalu dapat mengagumkan Mak Chu ni... hahaha... so enjoy while it last ye....

Sayur kangkung ni memang kegemaran mama sebenarnya. Teringat dulu, masa kami masih anak-anak kecil, Mak Nah selalu suap mama dan adik lelaki mama (Mak Chu lom ada masa tu eh...jangan mare, nama tak naik!) nasi putih panas, ikan selar goreng, kicap dan kangkung goreng. Mak ai, bukan main laju lagi kami dua beradik menganga mulut. Lauk macam tu dah cukup sedap buat kami....

Inilah cara mama menyediakan kangkung goreng as per photo tu ye... jangan gelak dah ler...

KANGKUNG GORENG
Sumber : MamaFaMi hantam sendiri

Bahan-bahan :

2 ikat kangkung
3 biji bawan merah
2 biji bawang putih
2 batang cili hidup
2 sudu besar udang kering - direndam sebentar
garam secukupnya
serbuk perasa - jika mahu
minyak untuk menumis

Kaedah penyediaan :

1. Potong sayur kangkung. Rendam sebentar di dalam air yang bercampur dengan garam. Toskan dan lalukan air untuk menghilangkan segala kotoran atau tanah yang terlekat. Ketepikan.
2. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili hidup dan udang kering hingga lumat.
3. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk lumat. Tumis hingga wangi. Masukkan sedikit air , jika perlu dan perisakan dengan garam dan serbuk perasa.
4. Akhir sekali, masukkan kangkung dan kacau hingga rata. Tutup api.
5. Sebelum menghidang, taburkan sedikit bawang goreng di atasnya.

6 comments:

  1. hepi sgt mama letak resepi ni for me ;) thanx ma... luv u... muax! hehe.. nak p try masak jap... yabedabeduuu...

    ReplyDelete
  2. Waaaaahhhh kagumest kagumest dgn mama pumpy ummpy umkin.... Hik hik hik.... Nak lagi kagumest kan... Tambah lagi satu!!! Kompom kiter suspect giler dgn mama... Ahaks....

    ReplyDelete
  3. sedap ratah je ni..
    Ya Allah...tengok header je dah lapar.

    ReplyDelete
  4. mama,kasi up lagik tambah 1 sudu belacan..ghauu2 bau dier.hihi..
    peberet gak ni.siap ada kebun kangkung lg ha..hehe

    ReplyDelete
  5. mama sedap tu kangkung belachan di tambah pulak dg ikan bilis...ummmp lapar dah

    ReplyDelete
  6. kusss semangat... kangkung ni tak sempat makan dengan nasi.. saya ratah2 je..

    ReplyDelete

Please feel free to drop a comment or two... much appreciated... thank you!