Huwaaaaa, mama kena tag! Ummi ni kan, saja taw, suka bagi mama extra job tau. Saja la dengki tu. Bila kita nak golek-golek tidur, dia telefon. Bila kita nak santai-santai tengok YouTube Safa dan Marwah, dia hantar homework plak. Tapi tak pe la, sebab mama caaayang Ummi, mama rela berkorban masa dan tenaga serta keringat....ahaks... terlebih sudah..... untuk menjawab tag Ummi ni. Terima kasih kerana selalu ingat kat mama yang sekejap timbul, lama tenggelam ni ye... muahhh kat Ummi....
1. Copy gambar atas ni di entry. Letak kat atas sekali.
Beres boss!
2. Nyatakan dari mana dapat tag ni.
Dari Ummi yang vogue. Bukan orangnya je vogue, blognya pun vogue gak... mantops...Bulan depan, dia malatopsss plak....
3. Listkan 5 blog yg menjadi favorite serta sebabnya...
Pada mama, SEMUA BLOG ada keistimewaan mereka tersendiri. Semua blog mama suka terutamanya blog yang ikhlas berkongsi ilmu, tak kiralah ilmu dunia atau ilmu akhirat. Sebab musababnya, mama dapat timba banyak ilmu...alhamdulillah. Minta halalkan ye ilmu yang diberi. Semoga kalian beroleh ganjaran dari Ya Maha Esa...
4. Tagkan ke 5 blog tu jika kamu mahu - tiada paksaan.
Ummi tak paksa kan? Jadi tak yahlah tag ye. Hahaha.. Bukan apa, nanti mama tag orang, pas tu orang tag mama dan mama tak berkesempatan menjawab, mama rasa bersalah! Ini pun, ma rasa, ada dua tiga tag yang mama lom buat. One of them ialah dari Makcik Kantin. Dah berkurun dah homework diberi. Ampun sis ampun... will try to do it soonest possible! InsyaAllah!
5. Letak link entry kamu di blog insan yg tag kamu tadi.
Insan-insan semua... kalau rasa rajin nak jawab tag ni, sudi-sudikanlah ye. Mama amat berbesar hati
T.H.E R.E.C.I.P.E
JACKFRUIT FRITTERS
Ingredients :
1 cup ripe jackfruit - diced
1 1/2 cups flour
1 teaspoon baking powder
2 teaspoons milk powder
1/2 cup sugar (depends on how sweet is your jackfruit)
1/2 teaspoon salt
1 cup water
oil for frying
Method :
1. Place all the above ingredients in a big bowl. Cut and fold till the mixture is well combined. Set aside.
2. Heat oil in a wok. Spoon a tablespoon of mixture into the oil and fry till golden brown.
3. Remove from heat and ready to serve.
€
JEMPUT-JEMPUT NANGKA
BAHAN-BAHAN :
1 cawan isi nangka yang masak ranum - dipotong dadu atau disiat-siat
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
2 sudu kecil susu tepung
1/2 cawan gula (bergantung kepada kemanisan buah nangka)
1/2 sudu kecil garam
1 cawan air
minyak untuk menggoreng
KAEDAH PENYEDIAAN :
1. Satukan kesemua bahan-bahan di atas, kecuali minyak, ke dalam mangkuk besar.
2. Kaupbalikkan hingga adunan sebati.
3. Panaskan minyak. Sudukan sesudu besar bancuhan ke dalam minyak dan goreng hingga perang keemasan.
4. Angkat dan toskan lebihan minyak. Sedia untuk dihidangkan.
Have a nice day!
Salam, baru datang nak tag mama jugak... haha...
ReplyDeleteSedapnya jemput2 nangka itew, treingat filem Dang Anum.
Waaaaa mama dah update blog ek... Takde le Makchu tu nak kata mama malas lagi kan kan kan..... :D
ReplyDeleteMaaaaa...tq...wpun tdo dan golekan mu terganggu..hahaa...ni yg sayang Ma ni..muaaahhh! Lenkali kita dengki lg eh..boleh? hehee..
ReplyDeleteIn my view one and all should browse on this.
ReplyDeletefirst time home buyer | cute rompers | pickling salt