Search This Blog

Tuesday, April 6, 2010

Award dari Nenek



Assalamualaikum warrahmatullahi wabarokaatuh buat semua yang sudi berkunjung ke 'rumah' mama yang tidak seberapanya ini....

Eh, janganlah pelik pulak. Mama tak demam dan tak la orang kata buang tebiat ke apa, tapi memang mama nak tulis dalam Bahasa Malaysia hari ni. Saja suka-suka. Lagipun dalam entry kali ini, mama tak ada nak tepek resepi, jadi tak adalah yang akan suruh mama alihbahasa.

Okay, mama nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih buat Nenek Glamer kerana sudi bagi mama sampai 2 tiara sekali. MAKCIK KAYO!!! Alamak... Mat, jangan kutuk mama ye... ko jangan lak membayangkan mama pakai sari pas tu pakai tiara ni ye. Sebab iklan KFC tu guna 'MAT' dan bukan 'MA' taw... kih kih kih..... Ma berkenan yang merah tu, tapi sebab nenek kata, ambil dua-dua, nanti leh buat ganti-ganti pakai. Ye tak ye gak, kot kalau gaun mama warna biru, takkan nak pakai crown merah pulak kan, dah macam buta warna pulak jadinya.. hahaha... Terima kasih banyak ye Nek... mama suka......




Pagi ni, mama dengar radio ERA, rumah Allahyarham Din Beramboi dimasuki pencuri. Sampai hati betul diorang buat macam tu kan? Sudahlah keluarga Allahyarham masih bersedih dengan pemergian orang yang tersayang, ini pulak, barang peninggalan Allahyarham pun nak dikebasnya. Cubalah diorang letak diri diorang di tempat keluarga malang ini, macam mana agaknya rasanya kan. Pada ahli keluarga Allahyarham, mama harap mereka bersabar dan tabah menghadapi segala dugaan yang menimpa. Memang mudah untuk kita berkata-kata, tetapi berat lagi bahu yang memikul. Semoga Allah melindungi dan memberkati keluarga Allahyarham...

Okaylah, nak 'punch card' kat dapur pulak.... nanti kalau ada kesempatan, mama update resepi la pulak ye....




4 comments:

  1. salam mama....lamanyer tak ke blog mama...mama sihat?....suker jengah blog mama...gambar mabelesssss....

    ReplyDelete
  2. salam mamafami...
    Aduhh turut bersimpati dgn keluarga arwah din beramboi....kalau saya ada magic, sure aku sumpah perompak tu jadi *(*& pink...dasar manusia tak de perasaan!!!...Uikk dapat award crown jugak....hehehe, saya tak komen apa2 lah sebab menghormati senior..cuma nak kata pantun sikit..

    MAMA LAWA BERCROWN MERAH,
    KENA PULAK SARI BELANG-BELANG,
    HAAA...JANGAN NAK CEPAT MARAH,
    NANTI KEDUTZ ABG TAK SAYANG....

    ReplyDelete
  3. ayi :
    Waalaikumussalam Ayi... Terima kasih sudi juga jengok mama ni once in a while ye. Ala gambar amatur je... takat for my eyes only, bolehlah....hehehe..

    Mat Gebu :
    Waalaikumussalam Mat...
    Tu la kan, sedih baca berita kat Harian Metro hari ni. Tergamak diorang buat macam tu. Eee Mat, tak mo la sumpah jadi *(*& pink, nanti dia lari terpalit sana sini, dah nak kena samak pulak! Sumpah jadi anak lembu comel la Mat.. leh ko tambat kat hujung padang ko tu. Kot rumput panjang, dia leh ragut. Kita jangan membazir kuasa magic tu, kena manafaatkan sepenuhnya!

    Sari bukan sebarang sari
    Sari ada batu menghelit
    Mana ada kedut di pipi
    Hari hari mama ulit!


    Muahahaha... ajelah merapu....

    ReplyDelete
  4. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete

Please feel free to drop a comment or two... much appreciated... thank you!