Assalamualaikum warrahmatullahi wabarokaatuh. Salam Jumaat yang barakah buat semua.
Hari ni mama nak buat promosi sikit. Haha... Dah rasa macam amoi promoter lak. Anak saudara suami mama ada beri pada mama, buah tangan dari sahabatnya, untuk mama cuba. Maaflah kerana mengambil masa yang lama untuk mencuba. Mama ni bukan boleh harap sangat. Lembab sikit. Tak apalah, bak kata pepatah orang putih, "better late than never". Alhamdulillah pagi ni, dah selamat mama rasmikan pes sambal tumis tu. Sebelum mama gunakan untuk memasak mee goreng ni, mama telah merasa dulu sambalnya. Mmmmm sedap dimakan begitu saja! Kalau nak buat sambal, hanya panaskan pes dan masukkan udang atau apa sahaja yang diingini. Sangat mudah, sangat cepat dan yang pastinya sangat sedap!
Kepada yang ingin mendapatkan pes ini, bolehlah ke Facebook RasaKita dan juga di Instagram Rasakita untuk mendapatkan maklumat lanjut. Selain dari pes sambal tumis, Rasakita juga ada menghasilkan beberapa produk lain seperti petai jeruk, cili padi jeruk, perencah ikan bakar Rasakita dan sambal tumis Rasakita. Apa tunggu lagi.... jom order... :D:D:D
MEE GORENG RASAKITA
Sumber : MamaFaMi
Bahan-bahan :
3 biji bawang merah - dihiris
1 biji bawang putih - dihiris
5 ekor udang - dibersihkan
1 ekor sotong - dibersihkan dan dipotong gegelang
3 sudu kecil Pes Sambal Tumis RasaKita
sedikit air
sedikit kicap pekat
garam secukup rasa
250g mee kuning - dilalukan air dan ditoskan
1 pokok bak choy - dibersihkan dan dipotong
1 genggam taugeh - dicuci dan ditoskan
minyak masak
Kaedah penyediaan :
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris. Goreng hingga wangi.
2. Masukkan udang dan sotong serta pes sambal tumis RasaKita. Kacau rata. Masukkan air, kicap pekat dan garam secukup rata.
3. Masukkan mee kuning dan gaul rata.
4. Masukkan sayur bak choy dan taugeh. Gaul rata.
5. Taburkan bawang goreng dan hirisan cili merah sebelum menghidang.
Waalaykumusalam
ReplyDeleteKalau sis dah kata sedap, mesti sedap
Makteh dok balik kampung,tpi x penah jumpa rasakita
Nsat nak p tgk fb depa
Enak sekali kayanya,,, Obat Maag
ReplyDeletebole beli simpan buat stock nie..time time malas nak blend cili boleh terus guna
ReplyDeleteAssalamualaikum MamaFami..
ReplyDeleteMenda2 mcm ni memang sesuai la dgn sue.. hehehee.. Senang kerja masak memasak..
Apa punn.. Muahhh... Rindunya..Lama tak blogging. Blog akak blog yg kedua sue masuk untuk petang ni.. Key..nak jenjalan lagi nih...Hehehe.. Daaaa... (^___^)
Mama, tengok aje pun dah tahu mee tu sedap!
ReplyDelete