Search This Blog

Tuesday, July 8, 2014

Rich Chocolate Pudding

F.O.R T.H.E S.O.U.L

Untuk tazkirah agar kita tidak menyesal apabila berlalunya Ramadhan.....

Tersebut al-kisah. Iskandar Zulkarnain dan tenteranya terpaksa mengharungi terowong yang panjang dan gelap. Tiada api dan cahaya. Di tengah perjalanan, mereka terpijak batu-batu yang begitu banyak bertaburan. Ada orang berkata, terowong ini kaya dengan emas dan berlian. Apa lagi. Ada org yang mula mengutip batu-batu tersebut hingga penuh tangan. Ada yang guna kan baju untuk dijadikan pemegang batu-batu. Ada juga yang tidak percaya dan tidak mengutip apa.

Setelah sekian lama berjalan dalam gelap, ada di antara mereka merasa letih lalu melepaskan batu-batu yang mereka bawa. Akhirnya mereka mula nampak di hujung terowong. Dalam samar-samar mereka telah lihat, batu-batu yang mereka bawa adalah betul-betul emas dan berlian. Ada yang minta kebenaran dari Iskandar untuk berpatah balik ke tengah terowong. Tapi tak dibenarkan.

Bila mereka keluar dari terowong, maka penyesalan yg amat hebat terasa oleh tentera-tentera Iskandar. Semua menyesal. Tiada yang tak menyesal.

1. Paling menyesal ialah yangg tidak percaya langsung. Tiada langsung emas berlian yangg dibawa walaupun mempunyai peluang.

2. Yang bawa sikit pun menyesal. "Kenapa lah aku bawa penuh tangan saja. Aku patut gunakan baju, kain dan sebagainya untuk angkut emas dan berlian"

3. Yang bawa penuh baju pun menyesal. Aku patut pinjam kain-kain dari org lain. Aku patut gunakan mulut untuk angkut emas berlian dan sebagainya.

4. Yang paling menyesal juga yang mula-mulanya percaya. Tapi separuh jalan lepaskan batu-batu kerana tidak yakin dan kerana letih dan malas.

Begitu lah gambaran penyesalan kita bila sampai ke alam AKHIRAT. Semua menyesal. Tiada yangg terkecuali.. Ketika sakaratul maut, kita akan dinampakkan gambaran di mana nasib kita di akhirat. Ketika itu roh kita meronta-ronta tidak mahu meninggalkan dunia jikalau gambaran yang tidak baik ditunjukkan. Seperti mereka yang meronta-ronta untuk balik ke tengah terowong dan minta kebenaran untuk balik semula. Tapi bila roh di halqom sudah terlambat.

Bila sampai di akhirat, semua orang akan menyesal. Yang soleh dan solehah menyesal kerana masa yang berlalu tanpa dimanafaatkan untuk meningkatkan amal ibadat supaya dapat darjat yang lebih tinggi. Yang kadang-kadang soleh kadang kadang menentang Allah lagi lah menyesal. Ada amalan. Tapi sikit. Dosa menimbun.

Orang-orang kaffir lah yang paling menyesal. Terutama mereka yang dah sampai seru, faham pasal Islam, tapi pilih untuk tidak beriman kerana ego, pangkat dan harta dan sebagainya. Orang yang asalnya Islam tapi meninggalkan agama lagi lah menyesal. Seperti mereka yang mula-mula kutip batu, tapi lepaskan. Di akhirat nanti mereka lah yang paling menyesal.

Itu lah gambaran penyesalan di Akhirat. Diceritakan penyesalan mereka dalam Surah Sajadah. Ahli Neraka merayu pada Allah. 'Wahai Tuhanku, sesungguhnya kami telah lihat dan dengar kedahsyatan akhirat, kembali lah kami ke dunia untuk beramal soleh, sesungguhnya kami telah benar-benar yakin..'


T.H.E R.E.C.I.P.E


RICH CHOCOLATE PUDDING
Posted by MamaFaMi
Source : Jun Yummylicious via Wana Yusuf


Ingredients :

1/2 cup cocoa powder
1 cup sugar
1/2 cup milk powder
1/2 teaspoon salt
4 1/4 cups water
4 tablespoons cornflour
1/2 teaspoon vanilla essence
1 packet agar-agar powder (10-11gm)
1 1/2 tablespoons margarine

Method :

1. Into a big pot, add all the ingredients except margarine.
2. On a medium heat, using a whisk, keep stirring till the mixture starts to bubble.
3. Add in margarine and cook for a few more minutes. Remove from heat.
4. Wash the moulds of your choice but do not wipe it. Just remove the excess water. This is to ease the process of taking out the pudding later on. Pour the mixture into the mould. Let it cool before placing them in the refrigerator to set.
5. Ready to serve.


Have a nice day!


16 comments:

  1. Mama, banyak pengajaran tu. Food for thought, can we ever do enough to prepare for end of days? Lovely chocolate pudding by the way. Kalau PH makan banyak, menyesal, makan sikit, menyesal, tak makan pun menyesal.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Phong Hong... you actually read what I've attached? I am so touched. Thank you for taking some of your time to do so.

      Pudding tu kan PH, kalau makan banyak, you menyesal makan banyak, kalau makan sikit pun you akan menyesal juga sebab tak makan banyak! Hahahaha... pi mai pi mai, menyesal juga. So don't think much. Telan ajelah... hahahaha....

      Delete
  2. Of course I read the whole thing. Even if it has to do with Islam, I also read and take what I can with me. Aiyah, shall I make these chocolate pudding? Don't want to menyesal because never tasted it hee..hee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. For that, I salute you my friend.... :)

      Pudding tu, I gave to someone to taste. She said it's a little buttery. I had used margarine instead of butter. So I am not sure if that's the cause. Perhaps you could reduce more... hmmmm....

      Delete
  3. Comelnya puding2 ni. Preparation pun mudah, thanks for sharing the recipe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most welcome dear. Senang je nak buat. Cepat pun ya juga. Cuma kena ada space dalam fridge la kalau nak buat.. hehehe...

      Delete


  4. Adorable..!!! thanks for this wonderful post,, hope everyone would love it..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Jessica for your kind words and thanks for dropping by... :)

      Delete
  5. gojes nya!! manis tak puding nie mama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrs Smile, pudding ni sedang elok je manisnya...

      Delete
  6. Anak saya pun gemarkan rich choc pudding ni... jom lawat blog saya.. www.jomsihat4u.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau anak Azwa suka, kenalah Azwa buatkan dia ye...

      Delete
  7. Terpegun seketika baca kisah tentera tu.... sampai terlupa ada rich chocolate pudding yang menggoda! Tq for sharing Mama Fami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya ada juga yang memanafaatkan apa yang mana tepek tu ye... :)

      Delete
  8. Sedapnyaaa...nak cuba gak la..tp kena translate dulu hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis Lin, translation sila ke blog Jun..hik hik hik.. Acik malas nak taip balik... ngeh ngeh ngeh...

      Delete

Please feel free to drop a comment or two... much appreciated... thank you!