Labels

A KEEPER (5) Advertisement (5) announcement (4) Apam (21) Articles (3) Awards (24) Beef (5) Bread (123) Brownies (15) Cakes (120) Charity (6) Chicken (17) Chiffon (12) Contest (5) Cookies (65) Crafts (1) Cuppies Design (56) Dedication (57) Dessert (3) Donut (6) Drinks (10) Equipments (6) Fish (6) Fondant (1) Gifts (1) Health (4) HELP (2) Information (4) Ingredients (6) Islam (4) Jalan-jalan Cari Makan (2) Kuih-muih (103) Lauk-pauk (121) MANUALS (2) Muffins (39) MY BOOK (3) Orders (3) Pasta (13) Pies n Pastry (21) Pies/Pastry/Puffs (5) Pudding (9) Ramblings (25) Rice n Noodles (56) Seafood (7) Snacks (36) Step-by-Step (12) Stories (14) Tag (9) Trips (10) Vegetables (7) Video (3) Western (11)

Search This Blog

Loading...

Saturday, January 22, 2011

Kek Chiffon Pandan


KEK CHIFFON PANDAN
Sumber : Puan Bashah via Muna's Fotopage

Bahan-bahan A :

6 putih telur
1/4 sudu kecil cream of tartar

Bahan-bahan B :

6 kuning telur
100 g gula halus
120 g tepung naik sendiri
8 sudu besar jus pandan (mama gunakan esen pandan + air + pewarna hijau)
5 sudu besar minyak jagung



Kaedah penyediaan :

1. Pukul putih telur dan cream of tartar hingga kental. Ketepikan.
2. Di dalam mangkuk yang lain, pukul kuning telur dan gula hingga gula larut. Masukkan jus pandan dan kacau biar sebati.
3. Masukkan minyak jagung.
4. Masukkan tepung naik sendiri.
5. Dengan menggunakan spatula, kaup balikkan putih telur ke dalam bancuhan B.
6. Tuangkan bancuhan ke dalam loyang chiffon yang tidak digris. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C selama 45 minit.
7. Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan terus terbalikkan loyang tersebut hinggalah kek sejuk dan sedia dikeluarkan.


12 comments:

  1. baru jek rina makan semalam tp yg rina makan ada puding

    ReplyDelete
  2. woww..cantiknya kek chiffon tu..nmpk gebu dan lembut la mama...

    ReplyDelete
  3. asslamu'alaikum mama..dah sihat ya..dah blh bt chiffon cake..mmm 2 keping pun x cukup..nmpak gebu betul :)

    ReplyDelete
  4. wah gebunya mama kek...leen lun penah try wat lagi chiffon...

    ReplyDelete
  5. kalau cik Bashah tengok musti dia bangga!!
    Confession time... cheq sebijik pun belum pernah try buat chiffon cake. My excuse lapuk is cheq tara itu loyang chiffon. Takpa cheq tumpang happy tengok Ma buat...

    ReplyDelete
  6. mama, orang baru belajar nak tumpang tanya. Kaup balik tu macamana yea? Google dalam internet, tapi masih tak faham juga. TQ

    ReplyDelete
  7. huwaaaa... tak pernah jadi buat chiffon cake.. tapi teruja jgk ni..

    ReplyDelete
  8. malam2 tgk blog mami memang buat kecur air liur.. hahah.. sah2 malam kang termimpi2...

    ReplyDelete
  9. Thanks for the kind wishes!
    Check out Edoras punya new Blogspot site.

    ReplyDelete
  10. Salam MamaFami..
    MamaFami sihat? Lama tak jenguk akak. Tapi Naz lebih suka tengok fp Mama lagi..Ada sentimentel value bila tengok.
    Ma, nak ucap terima kasih ni sebab dulu kalau Mama ingatla, masa tu blog Mama ni tak de lagi, mama pernah tanya link Naz kalau ada untuk tukar2 dgn Mama. I did realize yang soalan Mama tulah yang dok buat Naz terfikir2 nak ada blog sendiri sampailah ada dah ni..
    Tq ye MamaFami. Mama banyak beri inspirasi pada Naz terutamanya menu2 swiss roll hehehe..:)

    ReplyDelete
  11. Opppsss..sori.. Mesti Mama kata kemaruk apalah pulak budak ni..
    Bukan apa..Naz kena tag yang Jom berkenalan tu. Ada soalan ttg blog sendiri tu..Ha itulah yang buat Naz terkenangkan Mama..Tq again!!

    ReplyDelete
  12. yummy sedapnyeeee...nak try buat gak la nnti..thanks bagi resepi... :)

    ReplyDelete

Please feel free to drop a comment or two... much appreciated... thank you!