Search This Blog

Monday, July 18, 2011

Tag dari MokWo

Assalamualaikum buat semua...

Pagi ni, mama nak mulakan dengan menyiapkan 'kerjarumah'. Yang benarnya, kerjarumah ni, mama dapat sekurun yang lepas. Silap haribulan, orang yang beri 'kerjarumah' ni pun dah terlupa agaknya. Begitulah teruknya mama sekarang ni kan? Tapi tak pe, macam omputih kata...better late than never. Jadinya mama buatlah jugak. Mokwo, kalau Mokwo dah terlupa, ini mama buat kerjarumah yang Mokwo bagi kat sini duluuuuuuu. Hehe... peace.. jangan mare!

APAKAH STATUS ANDA

Credit to Google Image

MARRIED AND NOT AVAILABLE. Ahaks... boleh gitu? Apa lak tak boleh? Dah memang gitu. Mama telah mendirikan rumahtangga bersama suami ku nan terchenta dah 20 tahun. Alhamdulillah kami dikurniakan dengan dua orang cahayamata...seorang perempuan dan seorang lelaki... Dulu mama bekerja sendiri sebab puas hantar surat mohon pekerjaan tapi tak de yang sudi melamar. Baiklah mama kerja sendiri. Tapi memang mama ni tak suka kerja pejabat. Lebih suka buat kerjarumah. Tu yang jadi surirumahtangga sepenuh masa, by choice really!

CERITAKAN TENTANG DIRI ANDA


Kalau real life, size pinggang tu kali 4 ye.. ahaks
Mama anak sulung di dalam keluarga. Ada dua lagi adik, seorang lelaki dan seorang perempuan. Tahun ni, alhamdulillah merasa menjadi 45 tahun. Mama dilahirkan dan dibesarkan kebanyakkannya di Melaka sahaja. Bersekolah pun di Melaka gak. Bermula dengan CHIJ Melaka, Sek Ren Dato Palembang, MGHS dan kemudian di Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu. Habis sekolah menengah, terus sambung ke ITM Shah Alam. Tapi sebab mama ni tak berapa nak rajin belajar, lepas Diploma, dah tak mau sambung lagi (tak mau sambung ke tak leh sambung... hahaha...biarlah rahsia...) Lepas Diploma, dapat offer masuk progrem Skim Cepat Kaya Skim Latihan Khas. Bila keluar, dapat lesen dan terus on business, share dengan kawan. Agaknya mama ni jenis suka dok rumah buat kerjarumah kot. Tu yang mama rasa macam nak pencen je.. hehe. Bila hubby kena transfer overseas, mama pun dapatlah pencen dan menjawat jawatan SURIRUMAHTANGGA hingga ke akhir hayat, insyaAllah.. I like!!! Hobi mama, mencuba resepi baru, membaca buku cerita, menyelak majalah masakan terutamanya, melayari internet, menjahit cross stitch dan menggosok baju... Itu antaranya la kan... karang kalau tulis semua, mau tertidur orang baca! Hahaha..

CERITAKAN TENTANG BLOG ANDA

Mama mula bertapak di alam cyber semasa mama berada di Malawi, Africa, sewaktu mengikut suami bertugas di sana. Kak Liza aka Hanielizalah yang menjadi pendorong utama mama untuk membuka Fotopages sendiri. Dari sana, mama 'membuka cawangan' di blogspot atas nama MamaFaMi's Spice n Splendour.

APAKAH PANDANGAN ANDA TENTANG DUNIA BLOG

Dari Google Image. Tq
Pada pendapat mama, dunia blog ni beraneka warna dan coraknya. Ada yang indah, ada yang tidak. Ada blog yang mendatangkan faedah dan tidak kurang pula yang sebaliknya. Jadi kitalah yang harus bijak memilih, yang mana satu perlu diikut dan yang mana perlu ditinggalkan.

NASIHAT ANDA PADA RAKAN2 YG BARU NAK BUAT BLOG


Dari Google Image
Mama ini bukanlah insan yang terbaik untuk memberikan sebarang nasihat tetapi apa yang bakal mama tuliskan di sini adalah lebih merupakan nasihat kepada diri sendiri. Sebelum membuat blog atau meneruskan blog yang sedia ada, haruslah kita tetapkan dulu nawaitu berblog tu. Seboleh mungkin, biarlah blog kita itu mendatangkan manafaat kepada orang-orang di luar sana. Andai blog kita hanya mendatangkan sengketa, buruk sangka dan segala benda yang negatif, baiklah kita lupakan sahaja hasrat kita.

NYATAKAN KEUNIKAN PADA BLOG ANDA

Blog mama ni biasa-biasa sahaja... tiada uniknya pun...

SAMPAI BILA NAK MENULIS BLOG DAN IMPIAN ANDA DLM DUNIA BLOG


Selagi termampu dan selagi ada benda yang hendak dikongsikan. Mana tahu, esok lusa, anak cucu nak buat rujukan. Hehe...

TAG 5 ORANG YG ANDA NAK KENAL SGT

Cer angkat tangan, saper-saper nak kena tag? Mama takut nak 'tembak' orang, nanti orang marah... hehehe... Nak tengok siapa yang sporting nak jawab tag mama ni...

8 comments:

  1. mama, bestkan jadi housewife.. tun pon suka.. (kata2 org xsedar diri yg ada thesis x siap lg..hihi)..
    owh, org melaka mama nih. jauh bekerja hasben akak, smp africa ye..

    ReplyDelete
  2. Owh mama, loves reading this entry....oooo just like tun la kot....suri rumah but still ada thesis kene hantar minggu ni....:P

    My mom kata, Isteri yg solehah...kerjenye di rumah....hmmmmm!! Moga mama juga tergolong di dlm golongan ini, Amen.

    ReplyDelete
  3. salam sis.blog sis special tau,menceriakan hari2 mak teh,rasa nak demam kalu tak bertandang kesini...kalau x ada new post,hari2 tak tau berapa ribu kali menjengah,kot2 ada entry baru post.ha tu la specialnye.pada org lain x tau la,but to me u're the best....celoteh nya sounds so sincere.I LIKE!!!from the very beginning lagi..those fp days...dont berenti tau..please

    ReplyDelete
  4. mamafami dear.. halamak..ni tag zaman ago go dah nih..sebetulnya mokwo pun udah lupa langsung pasal ini tag..hihi
    tq lah mama buat jugak..kekadang mokwo keberatan nak tag sapa2..coz takut membebankan org2 yg di tag..maklumlah masing2 punyai masa yg begitu padat dgn aktiviti2
    surirumah zaman sekarang dah tak sama dgn surirumah zaman dulu..kekadang cerita2 sensasi terbaru..kitaoranglah yg lebih tau..hihi..tqs to ternet
    apa2 pun bidang yg mama ceburi..mokwo wish it will b a sukses one!! nice knowing u ma!!

    ReplyDelete
  5. mama ish akak suka kat jawatan surirumah. Bukan ringan kerja nie perlu keiklasan dan kesungguhan.

    ReplyDelete
  6. bestla mama keja sendiri tu kan...sendiri kuli..sendiri bos..i like..hehe

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. bila la nabu nak jd surirumah tangga sepenuh masa?rasa mcm nak pencen gak, tp keje baru setahun jagung, nak pencen apanya kan, hehehe...hopefully, di suatu hari nti, nabu akan jadi suri rumah tangga sepenuh masa gak, Amin..

    ReplyDelete

Please feel free to drop a comment or two... much appreciated... thank you!