Wednesday, September 9, 2015
Sambal Paru
SAMBAL PARU
Posted by MamaFaMi
Source : My Instagram
Bahan-bahan :
Paru secukupnya
Bawang putih blend
Bawang merah blend
Cili kering blend
Asam jawa Adabi
Air
Garam
Gula
Bawang besar dipotong bulat
Minyak jagung
Cara-cara :
1. Cuci dan potong paru. Tak perlu potong kecil. Masukkan ke dalam pressure cooker bersama air dan sedikit garam. Letakkan di atas api dan masak selama lebih kurang 25 minit hingga lembut. Toskan airnya dan hiris nipis.
2. Gaulkan hirisan paru tadi bersama serbuk kunyit dan garam.
3. Panaskan minyak dan gorengkan paru tadi. Toskan minyak dan letakkan di atas kertas serap minyak. Ketepikan.
4. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih. Tumis hingga wangi dan masukkan bawang merah kisar. Kacau biar lama sedikit.
5. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.
6. Masukkan pes asam jawa bersama sedikit air.
7. Masukkan garam dan gula.
8. Masukkan paru yang telah digoreng dan juga bawang potong. Gaul rata.
9. Padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.
Have a nice day!
Assalam sis
ReplyDeleteOur favorite ni
Meleleh leleh ayaq lioq
I really enjoyed reading it. This subject offered by you is very helpful and accurate.
ReplyDeleteit's extremely cool blog. Connecting is exceptionally valuable thing.
ReplyDeleteI finally found great post here. Thanks for the information. Please keep sharing more articles.
ReplyDeleteAlways a lot of experience when I surf the internet and this is one of them! I visited the best blog.
ReplyDelete