PAU KACANG MERAH
1 1/4 cawan air sejuk
1/2 cawan gula
Pewarna merah jambu
500g tepung pau
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil yis segera
50g (1/4 cawan) lelemak sayuran/ shortening
Cara Breadmaker :
1. Tuangkan air sejuk ke dalam BM pan. Masukkan gula dan pewarna merah.
2. Masukkan tepung pau yang telah diayak bersama dengan baking powder. Taburkan yis di atasnya.
3. On kan BM dan pilih setting dough. Bila dough dah bersatu, masukkan shortening. Uli hingga lembut dan elastik.
4. Keluarkan doh dan bahagikan kepada bebola kecil seberat 45g. Rehatkan 15 minit.
5. Leperkan doh dan isi inti kacang merah seberat 20g. Bulatkan semula dan aturkan di dalam pengukus.
6. Rehatkan kuih pau sehingga naik sekali ganda.
7. Panaskan periuk pengukus dan kukus pau dalam kepanasan tinggi selama 15 minit. Padamkan api tapi jangan buka tutup kukusan. Biarkan 10 minit baru dibuka dan dihidangkan.
0 comments:
Post a Comment
Please feel free to drop a comment or two... much appreciated... thank you!