Search This Blog

Tuesday, December 6, 2016

CROISSANTS


CROISSANTS
Source : Instagram @cikkiah

300g tepung roti
7g yis (saf instant)
30g gula
4g garam
1 biji telur
150ml susu sejuk

30 g mentega (Ma guna Planta)
secukupnya Buttercup

CARA MAMA :

1. Mama guna #breadmaker untuk menguli. Tuangkan susu sejuk ke dalam breadmaker pan. Masukkan gula, garam dan telur.
2. Kemudian masukkan tepung roti dan akhir sekali yis.
3. On kan breadmaker ke setting Dough. Bila doh dah bersatu, masukkan 30g mentega. Biarkan BM menguli sehingga licin.
4. Keluarkan doh dari BM dan rehatkan sebentar. Roll doh menjadi segiempat dan masukkan ke dalam plastik. Simpan di dalam peti ais selama 30 minit.
5. Keluarkan doh dan roll menjadi segiempat tepat. Sapukan Buttercup secukupnya di 2/3 bahagian doh. Lipat dari bahagian yang tidak dioles buttercup ke tengah dan kemudian lipat 1/3 bahagian beroles ke atasnya. Simpan dalam plastik dan masukkan ke dalam peti ais selama 30 minit. Ulang proses ini 3 kali.
6. Keluarkan doh dan potong 2 bahagian. Simpan semula 1 bahagian ke dalam peti ais untuk mengelakkan buttercup cair.
7. Roll doh menjadi segiempat tepat yang nipis. Potong doh bentuk 3 segi.
8. Ambil sekeping doh 3 segi dan roll kan, bermula dari yang lebar ke yang tirus. Untuk lebih jelas, boleh tengok di Youtube.
9. Susun di atas dulang pembakar dan biarkan naik. Sapukan dengan kuning telur dan bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada 200C selama 20 hingga 25 minit.




8 comments:

  1. Assalam mama pekabo? Moga sentiasa sihat ceria hendaknye. Pergghh nampak gebuss croisant mama nih..terboek dr ladang ni. Hihii!

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum. Lamanya tak singgah dapur you. Cantiknya croissants. But I think, beli lagi muda. Don't have that kinda patience. Hehehe

    ReplyDelete
  3. Wah syiok ni. Thank you for sharing your recipe.

    ReplyDelete
  4. Thank you for the timely recipes and menu. I love reading your blog and trying different things.

    ReplyDelete
  5. Hi, Can assist with the english version. Thank you.

    ReplyDelete

Please feel free to drop a comment or two... much appreciated... thank you!