Search This Blog

Wednesday, May 9, 2012

Daripada tak de....

Semalam, telah berlangsung operasi 'spring clean' di dapur mama. Tu dia eh... clear almari makanan kat dapur. Sorry to say, ada juga yang go to waste sebab tak perasan benda tu terperesok kat belakang. Ada tu expired tahun 2009! Ish mama... tak senonoh betul kan?! Sekarang ni, dah susun elok-elok sikit, dah bolehlah nampak apa yang disumbat disimpan di dalam almari. Malam tadi, lepas selesai semua kerja, mama pun duduklah menulis senarai barang yang perlu dibeli untuk menyemakkan balik stok dalam almari.

Pagi tadi, pergi ke Mydin bertemankan Kak Ana. Alhamdulillah rasanya segala hampir semua keperluan mencukupi. Kalau boleh, tak mahu pergi kedai lagi, boleh? Huhuhu... kalaulah boleh... alangkah kayanya! bahagia! Hehehe...

Sampai rumah dah pukul 12.30 tengahari. Alhamdulillah sempat juga memasak sebab anak bujang dah beritahu apa dia nak makan. Jadinya, mama tak payah nak termenung pikir panjang menu apa nak dimasak...


Setiap kali masak kari, mesti teringat kat Ummi Kuantan. Manalah Ummi ni tak update update blog dia? Harap Ummi sihat-sihat je hendaknya...


Petang pulak, bila suami balik pejabat, masakkan menu dia pulak. Dia koreng sikit tang ayam ni...



Malam ni tadi, mama makan 2 keping roti bakar dengan satu mug hot chocolate yang dicampur dengan oats. Cayaaalah mama... boleh telan rupanya benda macam tu... satu pembaharuan! Chaiyok chaiyok mama.....

Hmmmmm bila pulak nak operasi 'spring clean' almari pinggan mangkuk dan containers ni. Adoi letihlah...


8 comments:

  1. Kann...biar ada dari takde...(baru lepas melanta oats juga....huhu)...

    ReplyDelete
  2. Senang je mama nak clearkan bendalah tu semua. Buat jualan lelong kat intenet ni....hehe...kejap je licin.
    Mama tengah diet ke? zana pun puasa ni...tapi...time buka tu yg tak menahan.

    ReplyDelete
  3. Mamaaaaaaaaaaaaaaaa....kita ada laaaaaaaaaaaa...cuma bz sikit ada "task" nak disiapkan...hehehe. Waaaaaadduuuuhhh, kari ayam...baru ingat kita...wat kek x ingat kita ker...huhu...patut lah x sampai2 keknya... Ma, terima kasihlah ingat kita dan perasan jugak kita x muncul lama eks...belum pun seminggu la mama cayang oiii...nnt nak stop sampai ujung tahun camne eks... ^__*

    ReplyDelete
  4. Assalam Mama....wah dia dah siap spring cleaning...nak kena buat jugak ni...takut jumpa yang expired tahun 2002 ke apa ke...hahaha...hari tu dah attack peti ais...nak attack almari stok makanan jer belum lagi...Aura mengemas Mama dah kasi dah...tengoklah jap lagi menjadi tak!

    ReplyDelete
  5. waduhhh Mama...semuanya sedap2 belaka...lg2 lauk kari tu...xtahan tgknye...lauk fav tu

    ReplyDelete
  6. lapar lak jadinya tgk gamba besar2 ni rasa nak telan monitor ni!

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum mamafami,

    Kenal lagi tak? :) Ada geng ex-FP buka group dekat facebook. Teringat mamafami & terus jenguk2 fotopages. Aktif lagi rupanya!! Apa khabar? Dah ada blogspot lagi tu hehe.

    -alynn-
    (alynnsis.fotopages.com)

    ReplyDelete
  8. wahh mama ..sy suka smbl ikan bilis rangup tu..makan dgn bee hoon...mmg sedap..:)

    ReplyDelete

Please feel free to drop a comment or two... much appreciated... thank you!