Search This Blog

Monday, September 22, 2014

Apam Dot Dot Dot

T.H.E R.A.M.B.L.I.N.G.S

Madu dan Kayu Manis - siapa pernah terfikir?

Madu merupakan satu-satunya makanan atas muka bumi yang tidak akan basi mahupun rosak. Apa yang terjadi hanyalah ianya ''bertukar jadi gula''. Realiti sebenarnya, madu tetap madu.Bagaimanapun, bila ditinggalkan di tempat yang gelap dan sejuk pada waktu yang lama ianya akan men''hablur'' atau kristallized. Apabila ini berlaku , didihkan sedikit air dan masukkan bekas yang berisi madu ke dalam air panas , dan tutup api dari terus menyala, dan biarkan madu cair secara biasa tanpa pendidihan. Ianya akan tetap kekal sebagai madu dari segi perubatan dan keadaan.Jangan didihkan madu atau masukkan ke dalam mikrowave, ini akan membunuh atau merosakkan enzim-enzim berguna di dalam madu.

Syarikat ubat (ubat-ubatan moden) tidak suka perkara ini kecoh di dalam masyarakat yang mana fakta menunjukkan madu dan kayu manis : campuran madu dan kayu manis boleh menyembuhkan hampir kesemua penyakit. Madu boleh didapati di semua negara dunia. Para saintis juga menerima bahawa madu merupakan ubatan ''Ram Ban'' (paling berkesan) terhadap semua jenis penyakit. Madu boleh digunakan tanpa tanpa sebarang kesan sampingan untuk apa-apa jenis penyakit. Sains moden juga mengatakan bahawa walaupun madu adalah manisan, tetapi apabila diambil pada dos yang betul sebagai ubat , ianya tidak akan memberi kesan buruk termasuk pada pengidap kencing manis.

Ini di antara kajian dari saintis barat :

PENYAKIT JANTUNG : Buatkan serbuk kayu manis. Sapukan madu dan serbuk kayu manis pada roti dan makan secara tetap setiap hari semasa sarapan (sebagai ganti dari jem). Ini akan mengurangkan kolesterol di dalam pembuluh darah (arteri) dan menyelamatkan pesakit dari serangan jantung (heart attack). Juga, bagi yang sedia ada atau pernah diserang serangan jantung , apabila amalan ini dibuat secara harian, ianya akan menjauhkan pesakit berbatu-batu dari serangan seterusnya. Penggunaan secara tetap amalan di atas akan mengurangkan kesukaran bernafas (membetulkan pernafasan) dan akan menguatkan jantung mengepam. Di Amerika dan kanada , pelbagai jururawat di rumah telah merawat pesakit secara jayanya dan juga didapati bahawa pada satu tahap umur, pembuluh dan salur darah (arteri dan vein) akan hilang flexibilitinya (kekenyalan) dan akan mudah tersumbat , madu dan kayu manis akan mengembalikan semula sifat asalnya.

Bersambung........

Rujukan : Dr Zulkifli Sharif

Allah sebaik-baik penyembuh , Dia menurunkan penyakit dan Dari Dia disembuhkan segala Penyakit. Assyafi , Arrahman ArRahim. Kepada Allah kita mohon pertolongan...wa iza marid tu fahuyashfin!!


T.H.E R.E.C.I.P.E


APAM DOT DOT
Posted by MamaFaMi
Recipe in English can be found : HERE


Bahan-bahan :

(A)
3 butir telur (dari dalam peti sejuk)
275g tepung gandum
220g gula kastor
150g susu segar (mama guna Dutch Lady)
3 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil ovalet
1 sudu kecil esen vanilla

(B)
Blueberry filling - masukkan ke dalam piping bag
pewarna makanan yang digemari


Kaedah penyediaan :

1. Masukkan semua bahan-bahan A ke dalam mangkuk adunan.
2. Pukul dengan kelajuan tinggi selama 6 hingga 8 minit sehingga adunan menjadi putih dan gebu.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut warna yang diingini.
4. Masukkan beberapa titik pewarna ke dalam bancuhan dan kaupbalikkan biar sebati.
5. Paipkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kukusan beralaskan kertas cawan. Paipkan sedikit inti dan paipkan adunan sehingga 3/4 penuh.
6. Paipkan pula titik-titik di atas adunan tadi. Cara pembikinan boleh dirujuk pada gambarajah yang disertakan bersama.
7. Panaskan kukusan. Dan kukus kuih apam dalam api sederhana kuat selama 10 hingga 12 minit.
8. Sedia untuk dihidangkan.


Have a nice day!


8 comments:

  1. Assalam sis, cantik banget apom...
    Hari2 makteh mkn madu, la ni dok cuba madu yemen...
    Kayu manis,x brapa suka,tpi boh jgak dlm apple, banana pie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mak Teh. Thanks for your kind words. Wah hari-hari Mak Teh makan madu untuk kesihatan ye. Recently I received a video pasal coconut oil pulak. Bolehlah try coconut oil pulak kot na... :)

      Delete
  2. Hi Sweetie, thanks for sharing the madu and kayu manis info, both also my favorite ingredients.
    Knock...... knock..... sudah tutup pintu kah?? :))
    Itu apam dot dot so cute and pretty, hantar 1 dulang to my place, please. hahahaha

    Have a lovely night, regards.
    Amelia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dearie,

      There are more to come about this cinnamon and honey. Nanti I tulis sikit-sikit ok. Kalau tulis sekali semua, panjang sangat nanti orang boring nak baca sampai habis. Pssttt... kalau tulis sikit-sikit, at least I tak putus idea nak 'ramble' bila I post recipe. Hahahaha....

      Nak hantar apa kat you... semua pun i dah hantar rumah my sister :D

      Take care dear!

      Delete
  3. Hi MamaFaMi, yes, memang kayu manis dengan madu memang petua untuk badan sihat. I used to take it to sapu dengan roti atau pun just buat minuman aje. Sedap. Your dot dot dot kuih cantik lah dan tengok pun sayang nak makan, hehehe... Salam mesra and take care :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Ivy...

      Wah, sapu madu atas roti eh. Macam sedap aje! I kalau anything yang kena telan untuk jadi sihat, I akan usahakan.

      Take care Ivy!

      Delete
  4. Hi sis, lamanya tak berinteraksi....

    My apom dot dot can never look good...api kuat kot?

    Bagus juga try madu/cinnamon on roti ye..

    ReplyDelete
  5. Assalam mamafami,
    thats what i heard juga..madu memang bagus untuk kesihatan..
    my dad sebelum he went for his heart bypass, dia ada juga makan madu,jus halia, jus bawang putih, cuka, jus lemon ..for a few months..and he said macam terbuka sikitlah saluran jantung dia..but since his arteries dah 4 yang tersumbat doctor still recommend to go for his operations...
    apam dot dot dah lama tak buat..anak2 kita suka yang inti coklat...:)

    ReplyDelete

Please feel free to drop a comment or two... much appreciated... thank you!