JERUK BINJAI
Posted by MamaFaMi
Source : Hajjah Rokiah binti Ahmad, Nor Hazlinda's mom
Bahan-bahan :
1 biji buah binjai
1/2 sudu besar air kapur
Garam secukupnya
Buah binjai dan air kapur. Tidak perlu membuang kulit buah binjai.
Hiriskan tebal-tebal seperti di dalam gambar.
Bilas hirisan buah binjai dan masukkan ke dalam mangkuk berisi air yang telah dicampur dengan air kapur. Biarkan selama lebih kurang 5 ke 10 minit.
Buangkan air dan bilas sekali. Toskan. Lumurkan garam di serata hirisan buah binjai tersebut.
Masukkan ke dalam botol kaca.
Tutupkan botol dan peram buah binjai tersebut selama 3 hari di dalam suhu bilik. Selepas 3 hari, jeruk binjai telah boleh dimakan. Selebihnya bolehlah disimpan di dalam peti sejuk.
Memandangkan Hazlinda ada menyebut, ibunya suruh buat cantik-cantik, maka untuk merealisasikan arahan ibu Hazlinda, maka mama telah mengikat reben di sekeliling botol. And what did I get from Hazlinda, " Kak Mama sengal!" Hahahaha....
Apa-apa pun, ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat Puan Hajjah Rokiah kerana sudi menurunkan ilmunya kepada mama menerusi anakandanya Nor Hazlinda. Alhamdulillah kini Mr Hubby dapatlah menikmati buah binjai bersama sambal belacan selagi jeruk binjai ini masih ada.
Sekian, terima kasih.
HAVE A NICE DAY!
kecur liur tengok gambar binjai tu....tercium2 plak baunya.
ReplyDeleteBau buah binjai memang kuat dan sangat menggoda qolbu. Hahaha
DeleteAlahai, Mama. I don't know what is buah binjai but I love any kind of jeruk. Mr Google tells me that it comes from the same family as mango. This is something new to me :)
ReplyDeleteBetullah apa yang you baca tu. Binjai ni adik beradik mangga and kuini. Bau dia kalau dah masak, pergh goncang kalbu! Hahaha... Kalau nasib baik, you get the sweet binjai, otherwise sour la. Tapi the sour ones, buat makan dengan sambal belacan, terangkat oo...
Deleteoh jeruk ni makan bersama nasi dengan sambal belacan ke mama?
ReplyDeletebukan macam jeruk-jeruk buah yang biasa tu ker
Ha ah Mrs Smile. Binjai ni dijerukkan untuk tahan lama. Macam cili jeruk dan timun jeruk tu.
DeleteHi MamaFaMi, Ini kali pertama I lihat dan dengar buah binjal jeruk. Nampak sedap jugak, ya? Kalau I boleh dapat buah ni, boleh juga I cuba, hehehe.... Thanks for sharing and warmest regards :)
ReplyDeleteBuah binjai ni bermusim Ivy. Nanti kalau jumpa, bolehlah you cuba pulak ye...
Deletealamaaakk lama dah tak makan buah binjai..sedapnye...lagi2 jeruk tu..alahai..
ReplyDeleteOstematrix Vs Susu
Wooaahhh suka semua buah jeruk2 ni...!! Apa kabar mama..
ReplyDeleteAlhamdulillah sihat-sihat je Mulan... :)
DeleteMasak ikan lemak cili padi letak jeruk binjai ni pun sedap wooo...
ReplyDeleteIyo ko? Nanti den cubo yo....
Deletesalam.kt mna sy boleh dptkn buah ni.sbb nk buat ubat.
ReplyDeleteWaalaikumussalam Akmal. Buah binjai ni bermusim. Mama beli di Melaka. Ikut nasiblah kalau terjumpa. Itu sebabnya bila jumpa, kami beli lebih dan jerukkan.
Delete