Tuesday, February 11, 2014

Labu masak lemak dengan pucuk manis

Dua minggu senyap...
Hihihi.. macamlah tak biasa pulak kan. Nama pun MamaFaMi. Kejap ada...lamaaaa tak de. Nak buat cemana. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Ku sangka tak busy, tapi sebaliknya pula yang terjadi. Tetapi syukur ke Hadhrat Illahi, semuanya telah berjaya diselesaikan dengan sebaik yang terdaya. Semoga kita semua memperolehi keredhaan Allah dalam setiap perkara baik yang kita lakukan, In Shaa Allah.

Pasal resepi pulak, inilah pertama kali mama memasak menggunakan daun pucuk manis. Sebenarnya tak kenal pun daun ni. Tapi pada suatu hari yang indah (achewa), semasa mama berhenti beli ikan kat gerai tepi jalan, adalah makcik ni jual sayur-sayur kampung. Dialah yang beritahu daun pucuk manis ni. Teruja nak mencuba, belilah seikat. Maka terjadilah kejadian labu masak lemak pucuk manis versi mama. Usah ditanya sukatan dan usah ditanya mengapa resepinya macam ni sebab mama hentam je masuk apa yang mama rasa nak masukkan. Hasilnya... sedaplah di tekak mama! Tekak anda semua? Tak tahulah pulak.. tak jamin... :)


LABU MASAK LEMAK DENGAN PUCUK MANIS
Sumber :  MamaFaMi

Bahan-bahan :

Labu
Daun pucuk manis
Ikan bilis
1/2 kiub ikan bilis
sedikit cili padi
Bawang merah
Bawang putih
santan cair
santan pekat
garam secukup rasa

Kaedah penyediaan :

1. Labu dikupas dan dipotong dadu. Cuci bersih dan masukkan ke dalam periuk bersama secukup air. Rebus hingga hampir empuk.
2. Tumbuk cili padi bersama bawang merah dan bawang putih.
3. Bila labu hampir empuk, masukkan bahan tumbuk bersama ikan bilis, kiub ikan bilis dan santan cair. Didihkan.
4. Masukkan daun pucuk manis dan santan pekat.
5. Masukkan garam jika perlu. Bila telah masak, tutup api dan sedia dihidangkan.


13 comments:

  1. salam Mama, kelam kabut kak noor dtg ni dok tengok lemak labu minatttt sngt meratah sayur ni bak cikittt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Kak Noor. Tak yah kelam kabut datang Kak Noor, bebaik jalan tu, nanti tersadung sawang dalam ni. Lom sempat vacum lagi. Hihihi... Kita masak hari tu pun ciput je. Sekadar nak habiskan labu yang ada 1 wedge tu je. Yang makan pun, kita sorang je. Hehehe... Diorang takut angin kot. Hmmm angin tak angin, kalau tekak dah nak, hantam saaaajalah labuuuuu

      Delete
  2. kompem sedap ma... pucuk manis ni msk tumis air atau bening pun dah ckup sedap.. inikan pulak dimsk lemak dgn labu mcm ni........ gerenti musnah nasi seperiuk! hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke Ratna... masak tumis air atau bening eh? Wah, leh gi cari makcik tu balik la... nak beli sayur pucuk manis...

      Delete
  3. assalamualaikum mama, terliur dok nengok sayur lemak labu pucuk manis tu...ada pulak ikan goreng... ishh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Azian. Omak ai, lauk ni pun pada mama dah cukup sedap, ini ditambah ikan goreng garing.. pas tu ada lak sambal belacan... alahai... entah berapa kali bertambahlah gamaknya....

      Delete
  4. So Mama...ni resipi agak-agak sendiri lah ye? Looks good and I know it tastes good too!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah Phong Hong.. ini resepi hantam sendiri punya. Plus, I masak according to what's available in the fridge. Hahaha.... So nobody must ask, why tak ada itu, why you add ini... it is because I masak ikut sedap i... hahaha

      Delete
  5. mama, yang campak2 tu selalunya terbaeekkk :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, resepi campak campak. Tu sebab dah siap siap bagitahu... jangan tanya sukatan... tak hader! Hahaha

      Delete
  6. terliur tgk sayur labu ni..memang feveret...petang nak buat ikut resepi sis..selama ni makan kedai jek..thx for sharing dear..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ce buat cer... senang je... main campak masuk je apa yang ada :D

      Delete
  7. sedapnyer nampak...thanks atas perkongsian resipi

    ReplyDelete

Please feel free to drop a comment or two... much appreciated... thank you!