Tuesday, September 4, 2018
Sambal Daging
SAMBAL DAGING MENGGUNAKAN PPC
Bahan-bahan :
Daging - dihiris
Bawang merah - ditumbuk
Cili kisar
Air asam jawa
garam secukup rasa
Air
Santan
Bawang besar - dipotong bulat
Cara :
1. Tuangkan secukup minyak ke dalam inner pot PPC. Tekan SAUTE/SEAR HIGH TEMP dan tekan START. Bila minyak dah panas, masukkan bawang merah yang telah ditumbuk. Kacau hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Masukkan pula daging yang telah dihiris nipis. Kacau sebentar biar rata. Masukkan air dan garam. Kacau rata. Tekan CANCEL.
2. Tutup periuk PPC. Pusingkan tombol ke SEAL. Tekan PRESSURE COOK hingga keluar BEEF/POULTRY. Kemudian tekan START. Akan keluar nombor 15 di paparan hadapan.
3. Selepas 15 minit berakhir, tekan CANCEL. Berhati-hati pusingkan tombol ke VENT untuk mengeluarkan tekanan. Kalau nak skip step yang ini, maka tunggulah pressure dalam periuk itu menurun dengan sendiri barulah boleh dibuka tutup PPC.
4. Tekan SAUTE/SEAR HIGH TEMP dan tekan START. Masukkan air asam secukupnya, santan dan perasakan garamnya. Biarkan didih sebentar. Masukkan bawang besar dipotong bulat.
5. Tekan CANCEL dan offkan suis. Siap untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment
Please feel free to drop a comment or two... much appreciated... thank you!