Search This Blog

Wednesday, November 30, 2016

Tuesday, November 29, 2016

KUETIAU KUNGFU


KUEY TEOW KUNGFU 
Sumber : IG Majalah Rasa

BAHAN- BAHAN:

100gm kuey teow
2 biji telur
2cm halia - dihiris nipis
2 ulas bawang putih - diketuk
1/2 batang lobak merah - dihiris halus
1 pokok sawi - dipotong
100gm udang
250ml air
1 sudu kecil tepung jagung dicampur dengan sedikit air
1 sudu kecil garam
1 kiub pati ayam
2 sudu kecil minyak bijan
Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK :

1. Pecahkan sebiji telur dan masukkan kuey teow. Kacau sebati dan goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan seketika.
2. Untuk menyediakan kuahnya, panas minyak dan tumis halia serta bawang sehingga naik bau.
3. Masukkan air, minyak bijan, lobak merah dan udang. Letak garam dan pati ayam secukup rasa.
4. Seterusnya masukkan sawi dan letakkan telur. Tambahkan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Biarkan mendidih.
5. Tuangkan kuah ke dalam pinggan berisi kuey teow goreng tadi. Sedia untuk dinikmati.

Nota :

1. Mama tak masukkan telur dalam kuah.
2. Masa goreng kuey tiau campur telur tu, jadi tak cantik sebab kuali melekat. Jadinya ma cover baikkkk punya dengan kuah yang meriah. Apa ada pada rupa, janji rasanya mabeles.

Monday, November 28, 2016

CONGO BARS


CONGO BARS
Sumber 1 : @matgebu 
Sumber 2 : @71keroroyz 
Modified by : @ainazarina77

 BAHAN-BAHAN :

150g mentega
180g gula perang
 3 biji telur gred A
315g tepung naik sendiri
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan chocolate chip
1 cawan almond flakes

CARA :
1. Panaskan ketuhar 170° C. Alaskan tin 10" x 10" dengan greaseproof paper. Ketepikan.
2. Putar mentega dan gula hingga berkrim, tak perlu kembang sangat. Masukkan telur satu per satu dan esen vanilla. Putar sebati.
3. Perlahankan kelajuan kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.
4. Tambahkan 1/3 chocolate chips dan 1/3 almond flakes ke dalam adunan tepung dan gaul rata dengan menggunakan senduk kayu.
5. Tuang adunan ke dalam tin dan ratakan dengan spatula. Taburkan dengan lebihan chocolate chips dan almond.
6. Bakar selama 30 minit hingga masak. Sejukkan terlebih dahulu baru dipotong.




Saturday, November 26, 2016

Risoles Cheese Daging



RISOLES CHEESE DAGING

Bahan-bahan untuk kulit : 

200g tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
1 biji telur
350ml air
Garam secukupnya

Inti karipap
Sliced cheddar cheese

1 biji telur - dipukul
Serbuk roti secukupnya
Minyak untuk menggoreng

CARA :

1. Campurkan kesemua bahan dan kacau menggunakan whisk hingga tidak bergentel.
2. Tapis adunan.
3. Tuangkan sesenduk bancuhan ke dalam non stick pan dan layangkan seperti membuat kuih dadar/ketayap.
4. Letakkan sesudu inti di atas kulit risoles dan 1/3 sliced cheese. Gulungkan.
5. Celupkan gulungan tadi ke dalam telur dan golekkan atas serbuk roti.
6. Goreng hingga perang keemasan.

Friday, November 25, 2016

MARBLE CAKE


MARBLE CAKE
Sumber : Chef Asma via Azlita Masam Manis 

Bahan A

250g majerin Planta
50g mentega (ma guna Buttercup je)
150g gula halus atau gula kastor
100g gula icing - diayak

Bahan B 

250g telur ~ Tanpa kulit
1/4 sudu teh esen vanilla

Bahan C

250g tepung gandum
1 sudu teh baking powder
- Satukan bahan ini dan ayak

Bahan D

2 sudu besar serbuk koko

CARA :

1. Satukan bahan A dalam mixer. Putar adunan bahan A hingga creamy atau putih pucat. (Mama pukul manual je).
2. Masukkan telur satu persatu dan terus putar hingga sebati.
3. Tambahkan esen vanilla dan gaul rata.
4. Tuangkan tepung yang sudah di ayak sedikit demi sedikit dan pukul dengan speed perlahan.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama banyak. Campurkan 1 bahagian dengan serbuk koko. Kacau sebati.
6. Alaskan tin 7 x 7 inci dengan greaseproof paper. Sudukan 2 sudu besar bancuhan putih di tengah-tengah. Kemudian sudukan 2 sudu besar bancuhan koko di atas bancuhan putih tadi. Ulang proses ini hingga habis adunan. Hentakkan sekali loyang di atas permukaan rata.
7. Bakar di dalam ketuhar yang telag dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170°C selama 50 minit atau sehingga kek masak. Suhu dan tempoh membakar kek mungkin berbeza. Kenali ketuhar anda.


Wednesday, November 16, 2016

SAMBAL TELUR REBUS



SAMBAL TELUR REBUS

Telur rebus

Bawang merah - dikisar
Bawang putih - dikisar
Cili kisar
Air asam jawa
Gula
Garam
Serbuk perasa - optional
Bawang besar - hiris separuh bulat
Minyak

Cara :

1. Rebus telur hingga masak. Kupas kulit dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak. Masukkan bawang putih. Tumis hingga keperangan dan masukkan bawang merah. Masak hingga wangi.
3. Masukkan cili kisar dan masak hingga garing.
4. Masukkan air asam. Kacau.
5. Masukkan gula dan garam. Kacau rata.
6. Masukkan telur dan bawang ke dalam sambal. Kacau rata. Biar sebentar dan bolehlah dipadamkan api. Sedia untuk dihidangkan.

Wednesday, November 9, 2016

Pulut Serunding





PULUT SERUNDING 


Beras pulut
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Masak pulut seperti masak nasi.


BAHAN-BAHAN UNTUK SERUNDING :

Kelapa parut
cili kering - dibasuh dan dipotong 1sm
1 batang serai - dipotong kecil
1 sudu besar udang kering - dicuci dan tos
1 biji bawang merah size sedang - dihiris

garam
gula


CARA :


1. Masukkan kelapa parut, cili kering, serai, udang kering dan bawang besar ke dalam kuali. Masak hingga kelapa keperangan. Sentiasa kacau.
2. Sejukkan.
3. Kisar hingga halus. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Taburkan atas pulut semasa menghidang.

Sunday, November 6, 2016

Minum Petang

Lamanyaaaaaa dah bersarang 'rumah' ku ini. Tak apalah, ni mama muncul semula. Harapnya bukanlah hanya untuk seketika cuma ye.